Tuesday, August 31, 2010

Bila mamaku tengah boring

Salam and hello everyone~~~~~~~


Hoooooohhhhh hooooohhhh hacooom [~bunyi meniup habuk yg tebal sambil terbersin~]
Uwaaaa lama banget tak menaip di blog ni! naik berhabuk & bersarang sudeyy...hehe. Ermm Apa khabar semua? Diharap sihat2 hendaknya. Rasanya belum terlambat utk sy mengucapkan Happy Ramadhan Al Mubarak & Happy Merdeka to all malaysian people...
So berbalik pada post aku ini, apa yang membuatkan aku terpanggil utk tetiba menaip ini adalah ibuku yg tersayang...
Ibuku ini adalah seorang suri rumah tangga sepenuhmasa semenjak dia berhenti kerja dgn Telekom. Hobinya dikala kesunyian adalah menyimpan dan mengira duit syiling collection dia! Boleh kata hari2 dia mengira duit syiling dia eventho tambah 50sen jer hari tuh dalam tabung . Aku salute gila laa mak aku ini. Passion dia towards calculation ini mmg tada org leh challenge. Maths dia mmg mantap la. Ini terbukti bukan saja dgn mengira duit syiling, setiap inci rumah aku pun dia nak gi ukur. Dah leh tukar profession dah mak aku ini. Jd jurukur laa mama! hehe. Bukan tuh saja, memori dia kalo bersabit dgn number ni mmg tip top laa! Bab2 menghafal number tepon org ini mmg dia number satu laa! Org lain semua ada short term memory loss especially aku ini! Apa2 pun, aku support hobi mak aku ini. As long as dia tak menyusahkan orang lain dan dia sentiasa mengaktifkan brain2 cells dia dgn cara buat calculation everyday. Dgn ini ia dpt melambatkan jangka hayat dia from getting Dementia or nyanyuk. nauzubillahhh jauh2 kan lahh....
Tapi baru baru ini dia develop another hobby baru iaitu stalking anak2 dia....jeng jeng jengg...ituu diaaa!!. Mmg sah tgh boring mak aku ini sampai masuk internet and then gi google nama anak2 dia. Setahu aku mak aku ini tak high tech sgt, tapi tatau laa camane dia ada kemahiran & dtg ilham nak buat begitu pd hari tuh. So, pada hari kejadian dia gi google nama adik aku, tapi yang keluar adalah nama aku and blog aku! aduhh..Kantoi sudah laa ngn mak aku, aku ada blog. Malangnya lagi, yang kuar kat google tuh adalah post aku pasal 'how do i wish i don't have sisters'! aduhhh yaiii...kantoii lagi..@@@@
So bila aku call mak aku hari tuh, nada suara dia pelik sikit. Tak sempat aku nak cakap apa2 mama dah menyampuk dulu. Mamaku marah sbb aku tulis post tuh kat public. She said that, 'Meera, u don't have to tell to the whole world that u don't like ur sisters!' Dushh dushhh cane nak jwb tuhh?? kelu lidah jap sambil tertawa kecil. Aku pun dgn sedaya upaya nya meng'explain laa pada mak aku kenapa aku tulis post tuhh. Benda ini dah lama berlaku. Aku tulis dulu pun sbb aku tengah bengang + sakit hati + hampa + kecewa + marah n segala macam perasan laa terhadap kakak2 aku. So sbb tatau nak luah kat sapa sebelum aku ngadu kan mak aku, aku pun meluahkan perasaan2 ini kat blog aku. Tapi nada suara mak aku tuh mcm tak puas hati juga. Dia suh aku delete post tuh......
Kadang2 bila aku fikir balik, apa yg aku dah buat ini tak ubah macam kanak2 kecik. tak matured langsung. menyusahkan org lain mak ayah adik beradik. tapi ape kan aku manusia yg hina byk kelemahan dan mudah tersentuh bila dikaitkan dgn family ini. Dan pastinya setiap manusia tuh tak perfect. Byk buat silap. Konflik tuh daah lama berlalu. Aku tahu masa aku konflik ngn akak aku dulu pun mak aku lah org yg akan cuba sedaya upaya untuk merapatkan kiteorg. Dia tak mau kiteorg gaduh. tapi biasalah kan masing2 ada ego n perangai tersendiri. So its takes time to heal laa kan?
p/s :
to my mama [ kalo mama baca laa blog meera ini laa...]
sori for my wrongdoings. tak maksud papa pun. dun worry mama. we'll be fine. Dah ok pun. take my words that i'll make sure that 'air dicincang tak akan putus'. And no matter what happens we will still be together and help each other. we r proud to have both of u, papa n mama! :D
About ur new hobby tuhh, stop laa mama..tak yah laa. u can try other hobbies like collect stamps pulak ker? hehe
to frens, amik iktibar dari cite aku ini. Jgn gaduh ngn siblings. tak baik. sayangi lah mereka. tundukkn egomu itu. tak rugi pun...
with that, sekiann..wasalam