Thursday, September 30, 2010

TAK SEDAR DIRI

Ya allah

Ampunkan dosa hambamu ini ya Allah.....

Apa nak jadi ngn aku nii?? Kenape jadi begini meera??

SEDAR tak ape matlamat hidup ko?

SEDAR tak apa cita2 ko meera?

SEDAR tak ape harapan mak & ayah ko kat kampung nun jauh disana?

SEDAR tak priority ko sekarang ape meera?

SEDAR tak ko dah byk bazir masa? tenaga? duit ? doa org tua ko?

SEDAR laa wahai meera!!!

BANGKIT lah dari mimpi mu yg lena dan

BANGKIT lah dari zon selesa mu ituu....

Exam nak dekat dah wahai meera!

Jgn malas, jgn buang masa

belajarlah belajarlah belajarlah

Monday, September 20, 2010

Apa cite raya anda?

Salam and greetings,

Hari ini genap 11 hari kita menyambut Syawal.....

tapi opss aku terlupa nak cakap sesuatu pd semua


~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~
Maaf Zahir & Batin

maap la terlepas train plak nak wish raya


bukan apa, excited sgt beraya tahun ni smpai terlupa blog di sisi!...hehe.


So apa cite raya anda kwn2? menarik? tertarik? the bombb ka?

ermm, okla aku nak cite skit psl rayaku di kelate.....

Tahun ini, aku dapat rasakan ke'pelikan' beraya berbanding tahun lain....

1) 1 je baju kurung raya tahun ni. sedeyy.. ~ tahun ni keluarga aku bertema warna purple. kalo tgk gmbr raya, kain adik aku ngn aku nampak mcm beli 1 papan sama kan?. Tapi! tak ok! papan sebelah sje....

sama tapi tak serupa


haaaaa..ni baru betul sepapan!

2) 2nd day raya - pakai baju kelawar di pagi hari. Petangnya beraya dirumah makcik dgn tshirt buruk & jeans lusuh...[ sgt tak berhari raya aku ni kan? tp bukn per, duduk di dapur jer punn ari tuh so pakai baju pun tak seberape laa...tak beria2 sgt]



3) 3 adunan keks aku buat tahun ni. Mula2 kek carrot --> kek chocolate --> kek carrot balik (nape kek carrot lagi?? haahh tuh sbb mak aku dah bebel suh abiskan stock tepung, lobak & adik serta rakan2nya pluss permintaan ramai suh wat lg...hehe)



4) 4 beradiks bertungkus lumus di dapur sempena raya tahun ini! uwaaaa gamat gituuu @@@. cipta rekod laa tahun ni! tak penah2 kiteorg wat camniii...Ayah aku dah naik pelik ngn telatah anak2 dia bila tiba2 semua berjemaah di dapur???...rupa2nya baru ku tersedar, tahun ni tahun akhir akak2ku sekelian akan beraya as anak dara. Next year mak dara dahh kayy.....tinggal laa aku n adikku si budak hingusann....so ni mcm ala2 bachelor party aaa skit2. kiteorg smbut kat dapurrrr jeww...




dan jeng3 berkat keempat4 anak En Tahir & Pn Wan Hasnah duduk di dapur, maka tercipta laa menu2 seperti ini....

  • Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Gulai Cik Nah
  • Macaroni with tomato sos
  • Macaroni mushroom cheese
  • Bihun goreng merapi
  • Coleslaw sejuk & segar
  • Dadih honey dew + chocolates
  • Puding manggo custard
  • Keks Carrot topping & non topping cheese cream
  • Kek Chocolate togel
  • Air Cincau Laici & Manggo bernata de coco


5) 5 petang raya, kiteorang buat marathon menziarah kubur. Dah lama tak g kubur arwah atoks + nenek + nenek sedara aku. Mula2 g kubur kat jelawat kemudian terus ke kubur di kg lembu, bachok. Sbb dah lama tak ziarah sampai tak cam yg mane kubur2 mereka n alih2 pegi siram kubur org lain...nasib laaa. tp niat ttp yg samaaa...




6) 6 ekor ikan selar aku bedal sewaktu BBQ pd raya ke4 di rumah kami. kami jd host!. acara2 wajib adalah bakar ayam + ikan. Makan bersama nasi goreng pop corn ayam. Disajikan dgn air manggo manis. Kemuncak aktiviti, kami dihidang ngn hidangan mercun n bunga api. Semua org jakun glerrr tgh bunga api meletop. Yg paling excited adalah golongan yg tua2 ni (my mummy ok). Dia nak suh abeskan semua bunga api mlm tuh jgk! aduhhh



7) 7 nombor ganjil. a big NO NO ! my nenek tak kasi bergmbr kalo ganjil nombornya. so 6 org jer laa yg ada termsuk nenek ku. aku ? takat jd cameragirl shaje. nenek i taak reti techno2 ni.. Dan seperti raya2 seblom ni, lokasi bergmbr satu family adalah di rumah nenekku. bukn kat umh sendri...mmg menjd resam. tatau laa awat tak amik photo kat umh sendiri

mereka ber6. aku si penangkap gmbr :(


8) raya ke 8, hari jumaat dah kene bertolak balik ke kl. Tahun ini adalah tahun yg paling panjang aku rasa aku bercuti raya. kalo sblm2 ni raya ke3/4 dah kene chow dah... syukur alhamdulillah tahun ini dapat raya lama skit. tp tahun dpan? ade lagi ker chance nak cuti raya pjg mcm ni?



9) 9 macam jenis biskut raya tahun ni! tp satu jugak yg menjd pujaaaan hatiku + plg cepat habesss! biskut almond nut berwarna emas plus hijau skit2. ( sori tak igt nama penuh, i describe ape yg igt laa yer) yeahhh, tgk laa saper yg beli kalo bukann akak jugak nyahh....=). yg lain semue chocolate...boringggggg... taruk tepi laaa...



10) Pose 10 ok syawal taun ni!!! bukan pose 6 yer. (8 hari sbb TUTTT + 2 hari sakit)



11) 11hb julai! Hari jd saya! yeayy.. eh eh tade kaitan lsgsg! ni dah lari topik ni



sekian. itu saja cerita tentang raya....

wasaalam.


Tuesday, August 31, 2010

Bila mamaku tengah boring

Salam and hello everyone~~~~~~~


Hoooooohhhhh hooooohhhh hacooom [~bunyi meniup habuk yg tebal sambil terbersin~]
Uwaaaa lama banget tak menaip di blog ni! naik berhabuk & bersarang sudeyy...hehe. Ermm Apa khabar semua? Diharap sihat2 hendaknya. Rasanya belum terlambat utk sy mengucapkan Happy Ramadhan Al Mubarak & Happy Merdeka to all malaysian people...
So berbalik pada post aku ini, apa yang membuatkan aku terpanggil utk tetiba menaip ini adalah ibuku yg tersayang...
Ibuku ini adalah seorang suri rumah tangga sepenuhmasa semenjak dia berhenti kerja dgn Telekom. Hobinya dikala kesunyian adalah menyimpan dan mengira duit syiling collection dia! Boleh kata hari2 dia mengira duit syiling dia eventho tambah 50sen jer hari tuh dalam tabung . Aku salute gila laa mak aku ini. Passion dia towards calculation ini mmg tada org leh challenge. Maths dia mmg mantap la. Ini terbukti bukan saja dgn mengira duit syiling, setiap inci rumah aku pun dia nak gi ukur. Dah leh tukar profession dah mak aku ini. Jd jurukur laa mama! hehe. Bukan tuh saja, memori dia kalo bersabit dgn number ni mmg tip top laa! Bab2 menghafal number tepon org ini mmg dia number satu laa! Org lain semua ada short term memory loss especially aku ini! Apa2 pun, aku support hobi mak aku ini. As long as dia tak menyusahkan orang lain dan dia sentiasa mengaktifkan brain2 cells dia dgn cara buat calculation everyday. Dgn ini ia dpt melambatkan jangka hayat dia from getting Dementia or nyanyuk. nauzubillahhh jauh2 kan lahh....
Tapi baru baru ini dia develop another hobby baru iaitu stalking anak2 dia....jeng jeng jengg...ituu diaaa!!. Mmg sah tgh boring mak aku ini sampai masuk internet and then gi google nama anak2 dia. Setahu aku mak aku ini tak high tech sgt, tapi tatau laa camane dia ada kemahiran & dtg ilham nak buat begitu pd hari tuh. So, pada hari kejadian dia gi google nama adik aku, tapi yang keluar adalah nama aku and blog aku! aduhh..Kantoi sudah laa ngn mak aku, aku ada blog. Malangnya lagi, yang kuar kat google tuh adalah post aku pasal 'how do i wish i don't have sisters'! aduhhh yaiii...kantoii lagi..@@@@
So bila aku call mak aku hari tuh, nada suara dia pelik sikit. Tak sempat aku nak cakap apa2 mama dah menyampuk dulu. Mamaku marah sbb aku tulis post tuh kat public. She said that, 'Meera, u don't have to tell to the whole world that u don't like ur sisters!' Dushh dushhh cane nak jwb tuhh?? kelu lidah jap sambil tertawa kecil. Aku pun dgn sedaya upaya nya meng'explain laa pada mak aku kenapa aku tulis post tuhh. Benda ini dah lama berlaku. Aku tulis dulu pun sbb aku tengah bengang + sakit hati + hampa + kecewa + marah n segala macam perasan laa terhadap kakak2 aku. So sbb tatau nak luah kat sapa sebelum aku ngadu kan mak aku, aku pun meluahkan perasaan2 ini kat blog aku. Tapi nada suara mak aku tuh mcm tak puas hati juga. Dia suh aku delete post tuh......
Kadang2 bila aku fikir balik, apa yg aku dah buat ini tak ubah macam kanak2 kecik. tak matured langsung. menyusahkan org lain mak ayah adik beradik. tapi ape kan aku manusia yg hina byk kelemahan dan mudah tersentuh bila dikaitkan dgn family ini. Dan pastinya setiap manusia tuh tak perfect. Byk buat silap. Konflik tuh daah lama berlalu. Aku tahu masa aku konflik ngn akak aku dulu pun mak aku lah org yg akan cuba sedaya upaya untuk merapatkan kiteorg. Dia tak mau kiteorg gaduh. tapi biasalah kan masing2 ada ego n perangai tersendiri. So its takes time to heal laa kan?
p/s :
to my mama [ kalo mama baca laa blog meera ini laa...]
sori for my wrongdoings. tak maksud papa pun. dun worry mama. we'll be fine. Dah ok pun. take my words that i'll make sure that 'air dicincang tak akan putus'. And no matter what happens we will still be together and help each other. we r proud to have both of u, papa n mama! :D
About ur new hobby tuhh, stop laa mama..tak yah laa. u can try other hobbies like collect stamps pulak ker? hehe
to frens, amik iktibar dari cite aku ini. Jgn gaduh ngn siblings. tak baik. sayangi lah mereka. tundukkn egomu itu. tak rugi pun...
with that, sekiann..wasalam

Wednesday, April 7, 2010

Community project in F1 Sepang

just to share what we did on
4. april. 2010
guess whatt??? huhu
we had our psychiatry community project
@
SEPANG F1 circuit!
with a theme of
'Race to better Health'
Alhamdulillah....
everything went well
the project was run smoothly
and the best part ever was
to watch the race LIVEEE!!! wehuhuuu
although
it was very loud!!!
tp layannnnn...
(bersama2 ear plug di telinga!)
best best best best...
ok..enjoy the pic below...
cantek tak?? sunset view from grandstand @ f1

air show


REDBULL the winner of the day!
sape ni huh ventel ker webber?


si comel pun support ur project!
S.M.I.L.E :) { anak sapa ni? baguihh nyaa}

the exhibition!
the girls with a cute doc, Dr rafidah

the boys with stylo Prof Najib
~interview session~
dik, nk tnye skit yer...
bpe harga seat awk?
awk rase sape menang?
hehe :)

excited faces!

gather @ DPP before depart to F1 sepang.
we ate chocholate from Langkawi. Tq to the BISMI guys



bergambar di Grand stand! mahal gler seat die!
> rm 2000+++

we got a corporate suite for our project!
it was awesome!!



briefing session a day before the event


p/s : credits to Amaa, our cameragirl for the lovely picturess that she took. tq































Friday, March 19, 2010

kerna ia

*** arghhhh***
stresssiiii & depressi
apa nak buat ni?
tengah mood tak baik ni :(
tengoklah apa yang dah terjadi
semua benda yang diplan tak menjadi
rosak plan karok hari ni!
nak makan pun, selera tak didatangi
nak balik rumah kajang pun, tak dibenarkan lagi...
nak return buku pun dilupai
bukak laptop pun, dia buat hal lagi??
aduhaiii
kenape ni??
ni belum masuk psychiatry lagi!!!

...adakah kerna ia...
aku jadi begini
cuaca yg panas terik tadi?
session yg agak lama tadi?
baju yg dipakai tadi?
tak ada cuti yang diberi?
so mana satu ni!
what is wrong with me?

aku perlu buat sesuatu ni....!
tak boleh berdiam diri
kemaskan sekeliling dan juga diri
hantar buku2 psychiatry untuk diphotocopy
belilah makanan utk perutmu ini
tengok laa CD yang baru dibeli
tontonla movie2 yang Aini beri
call la adik yang dicintai
untuk ber'gossip'y...hehe
temanlah Nawal yang bersendiri disini

Maka meeraee!
buatlah ini untuk menghiburkan hati
kerana kau baru habis diexami
jangan la kau ikutkan perasaan ini
kelak kau juga yang meratapi....


Thursday, March 18, 2010

post ENT exam mode

~~~ngantukkkkkk~~~

gara2 melantak 3 regular VIVA pizza hut di Alamanda!
tenkiuu to TM sbb kasi kupon free!!!
dgn RM 33 shj anda dpt 3 regular pizza + 2 garlic breads!
yumm2...
tp perlu diigtkan, ni take away saje yer...

sblm wat projek makan2
kte singgah sebentar ke Hosp Serdang utk mengambil ENT exam!
kecuakan nak exam ni paling maksimum laa beb!~~
kalah cuak utk Year 4 clinical exam2 yg lain...
tp Pro exam2 nanti, tatau lg darjah kecuakan aku camner--}
mayb smpai tercirit kott??

so overall td
everything OK laa...~~:)
alhamdulillah...syukur. abes dgn senang hati...
even tho x der laa perfect sgt
jwb pelik skit dah kene tggi suara?
yg tak boley blaa nyer
si patient tuh pun nk join skali gelak kat aku gakk???
cam badot sarkas plaakk rase diri ini :(
adoiii....Maluu seyyy
arhhhh...name pun menuntut ilmu meera!
..standard laa tuh kalo wat salah!
kita belajar dr kesilapan & pengalaman
hopefully igt sampai bila2...

okla
perot dah kenyang
hati dah lega
tilam2 pun dah memanggil2
masa utk beradu di tilamku
nak qada' tdooo!!
ngantuk2....
mlm ni ade projek lg.....

Wednesday, March 3, 2010

Bila rahsia dah terbongkar

Petang tadi
tengah2 aku masyuk layan sinetron Munajah Cinta
tetiba, masuk satu msg ni kat inbox aku
oowwwhh....bondaku rupanya...

Mama: Celcom broadband dah lama tak bayar!
Aku: A'ah ma. Bape bill die?
Mama: RM +++, nanti papa bayar
Aku: Tak per laa ma. Meera tak guna pun. Bila nak guna nanti ore bayar.
Mama: Dah potong kan? Kalo tak guna baik potong jer.
Surat reminder dari lawyer dah dtg. Gi celcom center mintak potong
Nanti tiap2 bulan bil makin naik...

Huh? surat lawyer?? apekah? main2 surat si lawyer ni?
padahal baru 2 bln tak byr... kecohh arr...!!!
Aku pun trus mendail no hp mama nk tau cite sebenar
Bila dah abes dgr mak aku cite
Aku bgtau la, bila dah masuk duit mara nanti,
aku akan settlekan mende ni....
Opsss...dah kantoi plakk!
Duit mara aku tak masuk lg...

Selepas maghrib,
aku dpt msg dr mama lagi

Mama: Papa dah masukkan duit rm+++ kat akaun meera.
Harap meera jgn ikat perut

Tanpa disedari tetibe air mata aku jatuh berguguran
Aku tak nak ini semua!
Aku tak mahu susahkan kedua ibubapaku lg
dah byk mereka tanggung aku
biar aku yg tanggung sendiri masalah aku ni...
kalo ade masalah duit sekali pun
aku akan senyap, aku tak nak bgtau mereka
kalo terdesak pun aku pjm duit kakak aku...
tp skrg ni pun loan aku ngn akak aku pun dah menggunung tggi
so skrg...aku nk spend duit aku wisely
kena btol2 jimat

aku reply balik

Aku: Laa...mama. Bkpo buat masuk jugaknye??
Duit mara masuk jugak nanti....esok rasenyerr..
Mama: Tak pela. belanja laa. Papa dah lama tak bagi meera
Aku: Tq papa & mama! Nanti bile dah keje, meera ganti kay...
Meera belanja papa & mama pulak! cakap jer nak aper....

Cerita aku tamat disitu.....
tp ade continuation dr cite aku.

Ptg td jugak
lepas balik kelas
aku tgk slot 'sehati sejiwa" kat tv1
dlm kul 2 camtuh
pelakon undangan die adalah jalaludin hasan & wife
aku terharu ngn kata2 die
die ckp jasa2 ibubapa kita tak ternilai...infiniti tau!
biarpun kite hadiahkan kete sport kat dieorg
tp nilainyer masih lg kecik!, dalam 0.001%??
sampai ke akhir hayat kite, kite tak dpt nak balas jasa mereka...
sbb aper sungguh besar jasa dieorg terhadap kite
mengasuh n membesar kita dr sekecil bayi
sehingga kita matang dan dewasa....
so moralnya, hargailah mereka.
jgn bebankan mereka dgn perkara2 yg menyedihkan mereka
and last skali...sayangi laa ibubapa andaa...selagi mereka masih ada..

p/s: sapa2 tau, btol ker kalo apply celcom broadband guna student rate dpt sebijik laptop free???? ermmm i likee...menarik2!!!