Thursday, December 31, 2009
minggu datang & pergi
minggu zombie a.k.a mayat hidup
minggu yg penat dan tak bermaya (balik kelas trus tdo!)
minggu yg tak cukup tido (4 jam jer!)
minggu yg aku balun nescafe tiap mlm (polyuria denn!)
minggu yg tak berapa rileks
minggu yg tak berapa happy n enjoy :(
minggu yg aku palpitation, cuak & kalot!
minggu yg malas & tak semangat
minggu percepting di KK Bangi
minggu yg dtg lambt ke KK (7.40-7.45am)
minggu hari2 breakfast kueh, beli depan KK
minggu yg penuh pujian dari Dr Azizah
minggu yg dimarahi oleh Dr Lashmi (strict gak org nya ek?)
minggu selepas GP week
minggu kemaskini data patient seen in GP
minggu TBL setiap hari!
minggu prepare TBL last minute (cam sblom ni wat awal?!)
minggu aku present TBL diabetes mellitus
minggu completekan log book
itulah dia minggu ke 6 FM (family medicine) posting
thank you to new year holiday
kerna menamatkan minggu ni
maka tamatla sudah penyeksaan aku utk minggu ni.
namun penyeksaan tak berhenti disitu
ada lagi cabaran yg bakal menanti
inilah minggu yg bakal menjelma
minggu ke 7 FM
minggu OSCE
minggu aku MCHC exam
minggu 1st percepting exam aku (RABU depan!)
minggu aku diasses oleh YRAR di KK Dengkil -arghh scaryy!!
minggu aku kena practise palpate byk2 perot pregy mom sblom exam!
minggu aku kena buat yg terbaik
minggu yg aku kena score tggi2!
tak lupa jugak,
minggu GP presentation dgn Dr Sheikh! (arghh malasnya nk present!)
seterusnya
minggu yg aku sangat2 dinantikan!
minggu ke 8 FM
minggu akhir FM!
minggu yg aku self study and nk exam
minggu yg takde study week!! ( x patot tull!)
minggu 2nd percepting exam di KK Bangi
minggu OPD case ( mintak2 dpt acute case utk exam!)
minggu exam ngn NAS ( hari isnin!)
minggu written exam (FMS & ORTHO!) -uwaa 2 papers tuh!
minggu aku yg akan pecah otak nk jwp exam! arghh...
minggu yg aku akan balik bercuti lpas abis exam
(yeay itu yg aku mauu!!!cuti3x!!!)
berakhirnya minggu ni
maka berakhirnya minggu penyeksaan aku bersama FM posting
minggu yg akan tinggal memori manis & pahit pd aku
minggu2 yg mencabar semua skills2 aku
minggu2 yg telah mengajar aku erti menjd seorg primary health care staff
minggu2 yg byk learning issues to be reflect everyday
dan pd minggu ini juga,
i will say goodbye and thank you to FM
for wonderful weeks.
Sunday, December 27, 2009
'BerCUTI + BerGP'
dah berhabuk dah yerr..
Sorilaa, lately ni aku busy + malas + penat, so x sempat nk blogging
Ermm nmpknyer byk mende aku dah missed
Antara yg aku igt??;- Tahun baru Islam 1431 hijrah, service duty kat KK Bangi, ulang alik KAJANG<=> BANGI <=> PUTRA (fewww penatt siot!)
So, rasenya lom terlmbt nk wish
'SALAM MAAL HIJRAH' utk semua umat islam
moga hijrah kali ini memberi lebih sinar kpd erti kehidupan kita
Ok enough about the past
Skrg ni psl yg present ni!
Teka aku kat mane skrg??? ahaaa
Aku skrg ni tgh bercuti dgn heavennyer kat KELATE
yupss my hometown! (negeri cik siti wan kembang)
tp malangnya tempoh bercuti tuh dah nak tammat!
esok kena balik putra! flight pagi lak tuh (uweekkk..x moh2!)
papepun aku puas hati ngn cuti ni
sbb cuti aku ni bukn sia2
AKU sebenarnye bercuti smbil berGP??
huhhh! walaupun byk dugaan yg dialami utk berGP ni
namun akhirnya segala problems selesai gakss
tp part ngn dr Aziz n Azizah tuh lomm lagi
HEHE
BESSSTT glerrr3......GP attachment akuu!!!!
'KLINIK ZIAD' di Melor (kasi promote skit)
ya itulah tempat aku mengattachedkan diri ku
tempat dimana aku belajar byk benda
tempat aku belajar bahasa/dialek kelate yg baru eg; 'MEDU'? SAKIT URAT? menJAWI??
tempat aku practise communication skills ku
tempat aku dilatih dan dilayan sebagai seorang Doctor
m'clerk pt, examine, do the procedure and give treatment
Disini aku berpeluang m'handle medical check up students, guna ultrasound, buat I&D procedure & needle aspiration (cuma sunat org jer tak diallowed)
Disini juga aku kenal erti penat bekerja sbg seorg GP yg commited merawat pesakitnya
Disini aku temui pelbagai perihal laku manusia & penyakitnya
Antaranya:
- STROKE
- ASCITES
- OEDEMA
- COPD
- CENTIPEDE BITE
- THYROID GOITER
- BREAST LUMP
- DM (berlambak! utk negeri manis ni!)
- common cold ( sgt laa common)
Terima kasih bykk2 pd Dr Ziad Azhari!
thanks for the wonderful experience a.k.a teaching, advices, stories
tenkiu gaks to akak2 staff kat situ
Kak Za, Kak Ti, Kak Ya Sar, Kak Ya Chik
toceii2!! syukran! arigato! i'm gonna missed u guyss...
insya-allah cuti nanti sy dtg kaco lagi! hehe
Monday, December 14, 2009
~post - Le Tour de Kedah~
HAAAA...nilah present yg aku bwk pulang dr Kedah!!! menarik tak??
ermm..tak pasal2 aku kena amik MC ari ni gara2 present ini!
ni gara2 cuaca kat sana yg hangat ni...!
lebih hangat dr HOT fm laaa gua ckp luuu
Ok2
enough abt ke 'hangatness' weather
ada yg lebih hangat lg!
yeaa..program kami disana???
on 11 & 12 dec kami telah menganjurkan program Sunathon & Medical check up untuk penduduk2 Tanjong Dawai & Sg Petani!
yg paling best skali ialah,
aku dpt join team sunathon menyunatkan kanak2!!! cooollll....
selama 4 thn aku bersama CUCMS ni,
nilah kali ke -2 aku join sunathon, ( 1st time kat DPP)
tp kali pertama aku dpt buat sendiri teknik2 sunathon ni
Aku dpt wat suturing, give LA injection, and clean the smegma!
cool sgt bila dpt wat!!!( eventho ada mild shaking skit..hehe)
cam rase nk jd surgeon plak!!! best2...hehehe
tp satu jer x dpt wat iaitu
the cutting part! (ermm jgn berangan laa nk buat! belajar pun x hbs lg!)
papehal pun, tenkiu2 to my sunathon tablemates a.k.a FMS team
'ZEZE, HANUM & TKAH'!!!
tenkiu2 so much for teaching me ! guys rockk!
Abes jer menyunat kanak2
kena g tlg kwn2 kat medical check
huh..penat gler laaa
kene tlg adik2 UITM plak kat BP station
org ramai sgt, smpai tak menang tgn nk check
so belah ptg plak, kami semue keletihan
energy wat tuh mmg dah critical about 0.01% jer (hampir2 nk mati)
ape ape pun kami sempat layan blues sambil tgk sunset yg sgt lawa di pantai tanjong dawai!
cantik sgttt!!
balik homestay, aku mandi n trus ZZZZzzzzzzzzzzzzz
the next day, medical check up kat sg petani!
best, best & best!
org2 kat sini baek2 belaka!
cam biasa, BP station jammed lg
so aku kena g tlg mereka2 disana!
petangnyer pula, g tjg dawai balik
mereka2 ni nk shoppin ikan kering n ikan masin!
mula2 aku xmoh ikut, tp ku kuatkan jgk tulang 4 kerat ni utk g
alih2..aku bwk balik kuih loyang 3 paket rm10 beb!
murah2! kalo kl ni maunyer 1 pket rm6.
plan seterusnye, mandi manda di Tupah!
tp aku x join laa
dtg utk celop kaki n then trus balik
well..tadelaa best sgt. cam sg congkak jer....air die pun x begitu bersih laa
malam hari nyer pulak,
BBQ time!!!
melantak tak igt dunia!
aku bedal 2 ekor ikan talapia yg size besar!!! ( kongsi ramai2 ni)
plus 2 mangkuk bubur pulut hitam ( best sgt!, dah lama x mkn mende ni!)
1 seketul & nasi goreng yg best!
teh tarik panas koww & air suam! (wajib ni sbb sakit tekak!)
so dikesempatan ini, sy nk ucap terima kasih byk2 especially kat family FARAH IDAYU (uncle, aunty, nana & faiz)
tenkiu2 atas makanan yg best2 n homestay yg sgt condusive
tq jugak pd YB Dr Hamdan ( atas nasihat2 yg berguna)
and tak lupa kepada semue penduduk2 Tanjung dawai & Sungai Petani
terima kasih atas layanan kalian semua
moga Allah swt membalasnya..insya-allah
pada kwn2 yg join LTDK, Congrats!!
we did a good job guys!!!
haa...lepas ni le tour kat mane pulak???
Monday, December 7, 2009
What a day!
hari ini aku penat, penat dan penat!
first day percepting in the mornin kat KK dengkil
followed by TBL presentation kul 2pm
x sempat lunch pun!...:(
i'm was the one who start percepting first
yg lain observe dulu
so i got a GDM mom with multiple complaints
~ persistent rhinorrhea, pruritus & whitish vaginal d/c~
[ngn ilmu yg kosong kat otak?
korg bygkan camner aku clerk die??]
Ya Allah, malu gila aku kat pt tuhhh..
cam bongok jeww aku td!!
sgt laa blurr...tatau nk tnya per
bila Dr norlehan ckp 'u don't need to ask about so and so...'
'its already in the book...'
lagi laa aku tatau nk tnyer perr??
blurr yg seAMATnyer??
alkisah TBL plak
abis percepting, trus g RC putra
kena edit balik TBL aku wat
dah satu hal plak
weekend lpas aku mmg tak tenang hati igtkn TBL ni
[tp sempat gk g shopping sambil2 tuh]
topic that need to be cover sgt byk!!!
mana boleh nk compress dlm 1 TBL jew!
so nak tak nak kena laa buat jugak kan?
after all
aku tanya diri aku balik
inikah life as medic student??
asyik2 kena kritik??, selalu bz sokmo!
bila laa nk jd perfect ni???
bila laa nk boleh relax ni???
jwpnnya....
TAKE HOME MSG utk aku hari ni;-
- u really need to study gurl! STUDY 3x [byk mende ko tatau ni!]
- study the pink book before u start percepting! IMPORTANT!!!
- ask adequately, dont spend to much time
- u have to have an analytical thinking
- sometime u have the knowledge but u dunno how to manipulate it!
- 'the eye cannot see what the mind does not know'
- be prepared for any possibility
Saturday, December 5, 2009
new invention!
apa yg special sgt ttg mende nie???
haaaaa........jgn tak tau!
INILAH --> alat Injap Gantian Melalui Kateter (TAVI)
alat untuk menggantikan injap yang telah rosak pada jantung pesakit.
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Institut Jantung Negara (IJN) menjadi hospital pertama di Asia memperkenalkan prosedur ‘Penukaran Injap Jantung Rosak dengan Injap Gantian Melalui Kateter’ bagi pesakit jantung berisiko tinggi dan lanjut usia.
Prosedur Tran-catheter Aortic Valve Implantation (TAVI) itu berjaya dilakukan ke atas tiga pesakit warga emas dengan salah seorang daripada mereka ialah Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad.
Dua lelaki tersebut menerima injap jantung gantian pada 25 November lalu manakala Shahnon, 76 tahun menerima injap jantung gantian pada keesokan harinya.
Prosedur TAVI yang dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah dan jantung IJN itu diketuai oleh Ketua Jabatan Kardiologi dan Pakar Jantung, Datuk Dr. Rosli Mohd. Ali.
Ia mengambil masa kurang daripada dua jam bagi seorang pesakit untuk dimasukkan injap jantung gantian bagi mengganti injap jantung yang telah rosak.
Terdapat dua kaedah [catheter angiography] iaitu dengan membuat tebukan kecil di pangkal paha [through femoral artery] atau di bawah tulang bahu [through subclavian artery] pesakit berkenaan.
Menerusi tebukan tersebut injap jantung gantian berukuran 23 milimeter akan dimasukkan ke dalam salur darah melalui kateter untuk menggantikan injap jantung yang rosak supaya kembali normal.
Dengan adanya prosedur TAVI, pesakit jantung berisiko tinggi tidak perlu lagi menjalani pembedahan jantung terbuka atau pembedahan pintasan koronari yang lazimnya dilakukan terhadap pesakit jantung di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga Pengarah Perubatan (IJN) Datuk Seri Dr. Robaayah Zambahari sewaktu mengumumkan kejayaan tersebut berkata, prosedur itu telah berjaya dilakukan terhadap tiga pesakit tersebut dan kesihatan mereka kembali pulih.
Beliau berkata, pesakit pertama berusia 73 tahun manakala pesakit kedua berusia 77 tahun yang berisiko tinggi jika melakukan pembedahan jantung terbuka.
Menurut beliau, prosedur TAVI bagi setiap pesakit berlangsung kurang daripada dua jam dan mereka boleh berjalan semula dalam tempoh 48 jam.
Jelasnya, ketiga pesakit tersebut telah kembali sihat dan dibenarkan pulang lima hingga enam hari selepas melalui prosedur tersebut.
‘‘Prosedur ini tidak ditawarkan kepada semua pesakit jantung. Kaedah ini hanya ditawarkan kepada pesakit jantung berisiko tinggi yang mengidap darah tinggi, kencing manis atau lelah yang lanjut usia. Ia sangat sesuai dan selamat bagi pesakit jantung yang berumur 70-an hingga 80-an.
‘‘IJN bangga kerana mencatatkan sejarah menjadi hospital pertama di Asia memperkenalkan prosedur tersebut terhadap pesakit berisiko tinggi. Kejayaan ini dilakukan secara berkumpulan oleh mereka yang terlibat dalam prosedur tersebut,’’ katanya.
Mengulas lanjut kejayaan tersebut, Dr. Robaayah berkata, prosedur TAVI diperkenalkan buat pertama kalinya di Amerika Syarikat (AS) pada 2002.
Sementara itu, Dr. Rosli berkata, pada pertengahan Januari depan beliau dan kumpulannya akan melakukan prosedur TAVI terhadap empat lagi pesakit jantung yang lanjut usia dan berisiko tinggi.
‘‘Kaedah ini sangat selamat serta menjimatkan masa. Kita menyasarkan untuk melakukan prosedur tersebut terhadap 20 pesakit jantung IJN yang berisiko tinggi dalam masa setahun.
‘‘Kejayaan prosedur ini 98 hingga 99 peratus,’’ katanya.
Katanya, kos bagi setiap prosedur dianggarkan RM140,000,00 termasuk harga injap jantung gantian yang berharga RM112,000.
Beliau berkata, kajian untuk menggunakan prosedur tersebut bagi pesakit IJN telah dibuat sejak lebih setahun yang lalu.
Turut hadir (dari kiri) Perunding Kardiologi IJN, Dr. Saiful Azmi; Ketua di Jabatan Kardiologi, Datuk Dr. Rosli Mohd. Ali; Ketua Pembedahan Kardiotrotik IJN, Datuk Dr. Mohd. Azhari Yakub; Perunding Anestatik IJN Datuk Dr. Mohammed Hassan Ariff; Perunding Pembedahan Kardio, Dr. Jeswant Dillon; Perunding Kardiologi Interventional dan Core Valve Proctor, Belfast, Ireland, Dr. Ganesh Manoharan dan Perunding Anastitik IJN Dr. Sharifah Suraya Syed Mohd. Tahir.
thanks to all the Doctors who have involved in making this new invention become reality!
i'm admiring them so much!
i hope that one day i will be just like them!
be a part of the team, inventing a fantastic creation
to save people lives.
Diharapkan alat ini dapat menyelamatkan lebih ramai pesakit jantung yg berisiko tinggi
supaya mereka dpt menikmati kehidupan mereka sebaik yg mungkin
ameeen..