Thursday, September 30, 2010

TAK SEDAR DIRI

Ya allah

Ampunkan dosa hambamu ini ya Allah.....

Apa nak jadi ngn aku nii?? Kenape jadi begini meera??

SEDAR tak ape matlamat hidup ko?

SEDAR tak apa cita2 ko meera?

SEDAR tak ape harapan mak & ayah ko kat kampung nun jauh disana?

SEDAR tak priority ko sekarang ape meera?

SEDAR tak ko dah byk bazir masa? tenaga? duit ? doa org tua ko?

SEDAR laa wahai meera!!!

BANGKIT lah dari mimpi mu yg lena dan

BANGKIT lah dari zon selesa mu ituu....

Exam nak dekat dah wahai meera!

Jgn malas, jgn buang masa

belajarlah belajarlah belajarlah

Monday, September 20, 2010

Apa cite raya anda?

Salam and greetings,

Hari ini genap 11 hari kita menyambut Syawal.....

tapi opss aku terlupa nak cakap sesuatu pd semua


~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~
Maaf Zahir & Batin

maap la terlepas train plak nak wish raya


bukan apa, excited sgt beraya tahun ni smpai terlupa blog di sisi!...hehe.


So apa cite raya anda kwn2? menarik? tertarik? the bombb ka?

ermm, okla aku nak cite skit psl rayaku di kelate.....

Tahun ini, aku dapat rasakan ke'pelikan' beraya berbanding tahun lain....

1) 1 je baju kurung raya tahun ni. sedeyy.. ~ tahun ni keluarga aku bertema warna purple. kalo tgk gmbr raya, kain adik aku ngn aku nampak mcm beli 1 papan sama kan?. Tapi! tak ok! papan sebelah sje....

sama tapi tak serupa


haaaaa..ni baru betul sepapan!

2) 2nd day raya - pakai baju kelawar di pagi hari. Petangnya beraya dirumah makcik dgn tshirt buruk & jeans lusuh...[ sgt tak berhari raya aku ni kan? tp bukn per, duduk di dapur jer punn ari tuh so pakai baju pun tak seberape laa...tak beria2 sgt]



3) 3 adunan keks aku buat tahun ni. Mula2 kek carrot --> kek chocolate --> kek carrot balik (nape kek carrot lagi?? haahh tuh sbb mak aku dah bebel suh abiskan stock tepung, lobak & adik serta rakan2nya pluss permintaan ramai suh wat lg...hehe)



4) 4 beradiks bertungkus lumus di dapur sempena raya tahun ini! uwaaaa gamat gituuu @@@. cipta rekod laa tahun ni! tak penah2 kiteorg wat camniii...Ayah aku dah naik pelik ngn telatah anak2 dia bila tiba2 semua berjemaah di dapur???...rupa2nya baru ku tersedar, tahun ni tahun akhir akak2ku sekelian akan beraya as anak dara. Next year mak dara dahh kayy.....tinggal laa aku n adikku si budak hingusann....so ni mcm ala2 bachelor party aaa skit2. kiteorg smbut kat dapurrrr jeww...




dan jeng3 berkat keempat4 anak En Tahir & Pn Wan Hasnah duduk di dapur, maka tercipta laa menu2 seperti ini....

  • Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Gulai Cik Nah
  • Macaroni with tomato sos
  • Macaroni mushroom cheese
  • Bihun goreng merapi
  • Coleslaw sejuk & segar
  • Dadih honey dew + chocolates
  • Puding manggo custard
  • Keks Carrot topping & non topping cheese cream
  • Kek Chocolate togel
  • Air Cincau Laici & Manggo bernata de coco


5) 5 petang raya, kiteorang buat marathon menziarah kubur. Dah lama tak g kubur arwah atoks + nenek + nenek sedara aku. Mula2 g kubur kat jelawat kemudian terus ke kubur di kg lembu, bachok. Sbb dah lama tak ziarah sampai tak cam yg mane kubur2 mereka n alih2 pegi siram kubur org lain...nasib laaa. tp niat ttp yg samaaa...




6) 6 ekor ikan selar aku bedal sewaktu BBQ pd raya ke4 di rumah kami. kami jd host!. acara2 wajib adalah bakar ayam + ikan. Makan bersama nasi goreng pop corn ayam. Disajikan dgn air manggo manis. Kemuncak aktiviti, kami dihidang ngn hidangan mercun n bunga api. Semua org jakun glerrr tgh bunga api meletop. Yg paling excited adalah golongan yg tua2 ni (my mummy ok). Dia nak suh abeskan semua bunga api mlm tuh jgk! aduhhh



7) 7 nombor ganjil. a big NO NO ! my nenek tak kasi bergmbr kalo ganjil nombornya. so 6 org jer laa yg ada termsuk nenek ku. aku ? takat jd cameragirl shaje. nenek i taak reti techno2 ni.. Dan seperti raya2 seblom ni, lokasi bergmbr satu family adalah di rumah nenekku. bukn kat umh sendri...mmg menjd resam. tatau laa awat tak amik photo kat umh sendiri

mereka ber6. aku si penangkap gmbr :(


8) raya ke 8, hari jumaat dah kene bertolak balik ke kl. Tahun ini adalah tahun yg paling panjang aku rasa aku bercuti raya. kalo sblm2 ni raya ke3/4 dah kene chow dah... syukur alhamdulillah tahun ini dapat raya lama skit. tp tahun dpan? ade lagi ker chance nak cuti raya pjg mcm ni?



9) 9 macam jenis biskut raya tahun ni! tp satu jugak yg menjd pujaaaan hatiku + plg cepat habesss! biskut almond nut berwarna emas plus hijau skit2. ( sori tak igt nama penuh, i describe ape yg igt laa yer) yeahhh, tgk laa saper yg beli kalo bukann akak jugak nyahh....=). yg lain semue chocolate...boringggggg... taruk tepi laaa...



10) Pose 10 ok syawal taun ni!!! bukan pose 6 yer. (8 hari sbb TUTTT + 2 hari sakit)



11) 11hb julai! Hari jd saya! yeayy.. eh eh tade kaitan lsgsg! ni dah lari topik ni



sekian. itu saja cerita tentang raya....

wasaalam.


Tuesday, August 31, 2010

Bila mamaku tengah boring

Salam and hello everyone~~~~~~~


Hoooooohhhhh hooooohhhh hacooom [~bunyi meniup habuk yg tebal sambil terbersin~]
Uwaaaa lama banget tak menaip di blog ni! naik berhabuk & bersarang sudeyy...hehe. Ermm Apa khabar semua? Diharap sihat2 hendaknya. Rasanya belum terlambat utk sy mengucapkan Happy Ramadhan Al Mubarak & Happy Merdeka to all malaysian people...
So berbalik pada post aku ini, apa yang membuatkan aku terpanggil utk tetiba menaip ini adalah ibuku yg tersayang...
Ibuku ini adalah seorang suri rumah tangga sepenuhmasa semenjak dia berhenti kerja dgn Telekom. Hobinya dikala kesunyian adalah menyimpan dan mengira duit syiling collection dia! Boleh kata hari2 dia mengira duit syiling dia eventho tambah 50sen jer hari tuh dalam tabung . Aku salute gila laa mak aku ini. Passion dia towards calculation ini mmg tada org leh challenge. Maths dia mmg mantap la. Ini terbukti bukan saja dgn mengira duit syiling, setiap inci rumah aku pun dia nak gi ukur. Dah leh tukar profession dah mak aku ini. Jd jurukur laa mama! hehe. Bukan tuh saja, memori dia kalo bersabit dgn number ni mmg tip top laa! Bab2 menghafal number tepon org ini mmg dia number satu laa! Org lain semua ada short term memory loss especially aku ini! Apa2 pun, aku support hobi mak aku ini. As long as dia tak menyusahkan orang lain dan dia sentiasa mengaktifkan brain2 cells dia dgn cara buat calculation everyday. Dgn ini ia dpt melambatkan jangka hayat dia from getting Dementia or nyanyuk. nauzubillahhh jauh2 kan lahh....
Tapi baru baru ini dia develop another hobby baru iaitu stalking anak2 dia....jeng jeng jengg...ituu diaaa!!. Mmg sah tgh boring mak aku ini sampai masuk internet and then gi google nama anak2 dia. Setahu aku mak aku ini tak high tech sgt, tapi tatau laa camane dia ada kemahiran & dtg ilham nak buat begitu pd hari tuh. So, pada hari kejadian dia gi google nama adik aku, tapi yang keluar adalah nama aku and blog aku! aduhh..Kantoi sudah laa ngn mak aku, aku ada blog. Malangnya lagi, yang kuar kat google tuh adalah post aku pasal 'how do i wish i don't have sisters'! aduhhh yaiii...kantoii lagi..@@@@
So bila aku call mak aku hari tuh, nada suara dia pelik sikit. Tak sempat aku nak cakap apa2 mama dah menyampuk dulu. Mamaku marah sbb aku tulis post tuh kat public. She said that, 'Meera, u don't have to tell to the whole world that u don't like ur sisters!' Dushh dushhh cane nak jwb tuhh?? kelu lidah jap sambil tertawa kecil. Aku pun dgn sedaya upaya nya meng'explain laa pada mak aku kenapa aku tulis post tuhh. Benda ini dah lama berlaku. Aku tulis dulu pun sbb aku tengah bengang + sakit hati + hampa + kecewa + marah n segala macam perasan laa terhadap kakak2 aku. So sbb tatau nak luah kat sapa sebelum aku ngadu kan mak aku, aku pun meluahkan perasaan2 ini kat blog aku. Tapi nada suara mak aku tuh mcm tak puas hati juga. Dia suh aku delete post tuh......
Kadang2 bila aku fikir balik, apa yg aku dah buat ini tak ubah macam kanak2 kecik. tak matured langsung. menyusahkan org lain mak ayah adik beradik. tapi ape kan aku manusia yg hina byk kelemahan dan mudah tersentuh bila dikaitkan dgn family ini. Dan pastinya setiap manusia tuh tak perfect. Byk buat silap. Konflik tuh daah lama berlalu. Aku tahu masa aku konflik ngn akak aku dulu pun mak aku lah org yg akan cuba sedaya upaya untuk merapatkan kiteorg. Dia tak mau kiteorg gaduh. tapi biasalah kan masing2 ada ego n perangai tersendiri. So its takes time to heal laa kan?
p/s :
to my mama [ kalo mama baca laa blog meera ini laa...]
sori for my wrongdoings. tak maksud papa pun. dun worry mama. we'll be fine. Dah ok pun. take my words that i'll make sure that 'air dicincang tak akan putus'. And no matter what happens we will still be together and help each other. we r proud to have both of u, papa n mama! :D
About ur new hobby tuhh, stop laa mama..tak yah laa. u can try other hobbies like collect stamps pulak ker? hehe
to frens, amik iktibar dari cite aku ini. Jgn gaduh ngn siblings. tak baik. sayangi lah mereka. tundukkn egomu itu. tak rugi pun...
with that, sekiann..wasalam

Wednesday, April 7, 2010

Community project in F1 Sepang

just to share what we did on
4. april. 2010
guess whatt??? huhu
we had our psychiatry community project
@
SEPANG F1 circuit!
with a theme of
'Race to better Health'
Alhamdulillah....
everything went well
the project was run smoothly
and the best part ever was
to watch the race LIVEEE!!! wehuhuuu
although
it was very loud!!!
tp layannnnn...
(bersama2 ear plug di telinga!)
best best best best...
ok..enjoy the pic below...
cantek tak?? sunset view from grandstand @ f1

air show


REDBULL the winner of the day!
sape ni huh ventel ker webber?


si comel pun support ur project!
S.M.I.L.E :) { anak sapa ni? baguihh nyaa}

the exhibition!
the girls with a cute doc, Dr rafidah

the boys with stylo Prof Najib
~interview session~
dik, nk tnye skit yer...
bpe harga seat awk?
awk rase sape menang?
hehe :)

excited faces!

gather @ DPP before depart to F1 sepang.
we ate chocholate from Langkawi. Tq to the BISMI guys



bergambar di Grand stand! mahal gler seat die!
> rm 2000+++

we got a corporate suite for our project!
it was awesome!!



briefing session a day before the event


p/s : credits to Amaa, our cameragirl for the lovely picturess that she took. tq































Friday, March 19, 2010

kerna ia

*** arghhhh***
stresssiiii & depressi
apa nak buat ni?
tengah mood tak baik ni :(
tengoklah apa yang dah terjadi
semua benda yang diplan tak menjadi
rosak plan karok hari ni!
nak makan pun, selera tak didatangi
nak balik rumah kajang pun, tak dibenarkan lagi...
nak return buku pun dilupai
bukak laptop pun, dia buat hal lagi??
aduhaiii
kenape ni??
ni belum masuk psychiatry lagi!!!

...adakah kerna ia...
aku jadi begini
cuaca yg panas terik tadi?
session yg agak lama tadi?
baju yg dipakai tadi?
tak ada cuti yang diberi?
so mana satu ni!
what is wrong with me?

aku perlu buat sesuatu ni....!
tak boleh berdiam diri
kemaskan sekeliling dan juga diri
hantar buku2 psychiatry untuk diphotocopy
belilah makanan utk perutmu ini
tengok laa CD yang baru dibeli
tontonla movie2 yang Aini beri
call la adik yang dicintai
untuk ber'gossip'y...hehe
temanlah Nawal yang bersendiri disini

Maka meeraee!
buatlah ini untuk menghiburkan hati
kerana kau baru habis diexami
jangan la kau ikutkan perasaan ini
kelak kau juga yang meratapi....


Thursday, March 18, 2010

post ENT exam mode

~~~ngantukkkkkk~~~

gara2 melantak 3 regular VIVA pizza hut di Alamanda!
tenkiuu to TM sbb kasi kupon free!!!
dgn RM 33 shj anda dpt 3 regular pizza + 2 garlic breads!
yumm2...
tp perlu diigtkan, ni take away saje yer...

sblm wat projek makan2
kte singgah sebentar ke Hosp Serdang utk mengambil ENT exam!
kecuakan nak exam ni paling maksimum laa beb!~~
kalah cuak utk Year 4 clinical exam2 yg lain...
tp Pro exam2 nanti, tatau lg darjah kecuakan aku camner--}
mayb smpai tercirit kott??

so overall td
everything OK laa...~~:)
alhamdulillah...syukur. abes dgn senang hati...
even tho x der laa perfect sgt
jwb pelik skit dah kene tggi suara?
yg tak boley blaa nyer
si patient tuh pun nk join skali gelak kat aku gakk???
cam badot sarkas plaakk rase diri ini :(
adoiii....Maluu seyyy
arhhhh...name pun menuntut ilmu meera!
..standard laa tuh kalo wat salah!
kita belajar dr kesilapan & pengalaman
hopefully igt sampai bila2...

okla
perot dah kenyang
hati dah lega
tilam2 pun dah memanggil2
masa utk beradu di tilamku
nak qada' tdooo!!
ngantuk2....
mlm ni ade projek lg.....

Wednesday, March 3, 2010

Bila rahsia dah terbongkar

Petang tadi
tengah2 aku masyuk layan sinetron Munajah Cinta
tetiba, masuk satu msg ni kat inbox aku
oowwwhh....bondaku rupanya...

Mama: Celcom broadband dah lama tak bayar!
Aku: A'ah ma. Bape bill die?
Mama: RM +++, nanti papa bayar
Aku: Tak per laa ma. Meera tak guna pun. Bila nak guna nanti ore bayar.
Mama: Dah potong kan? Kalo tak guna baik potong jer.
Surat reminder dari lawyer dah dtg. Gi celcom center mintak potong
Nanti tiap2 bulan bil makin naik...

Huh? surat lawyer?? apekah? main2 surat si lawyer ni?
padahal baru 2 bln tak byr... kecohh arr...!!!
Aku pun trus mendail no hp mama nk tau cite sebenar
Bila dah abes dgr mak aku cite
Aku bgtau la, bila dah masuk duit mara nanti,
aku akan settlekan mende ni....
Opsss...dah kantoi plakk!
Duit mara aku tak masuk lg...

Selepas maghrib,
aku dpt msg dr mama lagi

Mama: Papa dah masukkan duit rm+++ kat akaun meera.
Harap meera jgn ikat perut

Tanpa disedari tetibe air mata aku jatuh berguguran
Aku tak nak ini semua!
Aku tak mahu susahkan kedua ibubapaku lg
dah byk mereka tanggung aku
biar aku yg tanggung sendiri masalah aku ni...
kalo ade masalah duit sekali pun
aku akan senyap, aku tak nak bgtau mereka
kalo terdesak pun aku pjm duit kakak aku...
tp skrg ni pun loan aku ngn akak aku pun dah menggunung tggi
so skrg...aku nk spend duit aku wisely
kena btol2 jimat

aku reply balik

Aku: Laa...mama. Bkpo buat masuk jugaknye??
Duit mara masuk jugak nanti....esok rasenyerr..
Mama: Tak pela. belanja laa. Papa dah lama tak bagi meera
Aku: Tq papa & mama! Nanti bile dah keje, meera ganti kay...
Meera belanja papa & mama pulak! cakap jer nak aper....

Cerita aku tamat disitu.....
tp ade continuation dr cite aku.

Ptg td jugak
lepas balik kelas
aku tgk slot 'sehati sejiwa" kat tv1
dlm kul 2 camtuh
pelakon undangan die adalah jalaludin hasan & wife
aku terharu ngn kata2 die
die ckp jasa2 ibubapa kita tak ternilai...infiniti tau!
biarpun kite hadiahkan kete sport kat dieorg
tp nilainyer masih lg kecik!, dalam 0.001%??
sampai ke akhir hayat kite, kite tak dpt nak balas jasa mereka...
sbb aper sungguh besar jasa dieorg terhadap kite
mengasuh n membesar kita dr sekecil bayi
sehingga kita matang dan dewasa....
so moralnya, hargailah mereka.
jgn bebankan mereka dgn perkara2 yg menyedihkan mereka
and last skali...sayangi laa ibubapa andaa...selagi mereka masih ada..

p/s: sapa2 tau, btol ker kalo apply celcom broadband guna student rate dpt sebijik laptop free???? ermmm i likee...menarik2!!!



Saturday, February 27, 2010

Serabut

Hari yang serabut
Buat Anest case write up yg tak siap2 lagi
bukan 1 yer, tp 3 semuanya
Aku pening pala bile fikir psl case2 ni
ni bukan takat wat report yg biasa2 tuh
kena tmbh evidence based maa....
part tuh yg aden lomah bebenorr ni....aikksss

1st case is General anaest, aku amik pt bypass...(byk nk cite!)
2nd case is Regional anaest, ni harammm tak sentuh per lagi....
tggu informer, yg tak smpai2 lagi.
last case is ICU, ni pun satu lagi. complicated maaa...case MVA yg tragis

ape2 pun case2 ni kene submit next week, 5hb mac
so aper lagi?
cepat meera siapkan case2 itu!
selagi tak siap, tak boleh balik kajang!!!
deal okk???

lagi satu yg buat aku serabut ialah aku dah pokaiii
tatau nk korek kat mane daah...
nak makan pun kene jimat
kene ikat perut
tp bgus laa jugak erk?
mengajar aku erti diet, dikala tade duit nii..ermmm
MARA, bile nk masuk gaji nii???
i tak sabar laa u....

Friday, February 26, 2010

I'm in pain

....Oucchh.....
it's really painful
having multiple aches all around your body
...neck pain...
...R shoulder pain...
...R arm pain...
...back pain...
...buttocks pain...
...thighs pain...
...calf pain...
...feet pain...

these physical pains listed above,
i got them after playing badminton last Wednesday
due to over excitement to play the games
which i left quite along time ago...
i started it without warming up thoroughly...
and now...padan muka!!!

a part from that
i'm also having psychological pain
i'm in homesick mode right now
it's been 1 month ++
i didn't go back to my hometown
last CNY holiday i was in Kajang spending my cuti with my sis
and this Maulidur rasul holiday also
i plan not to go anywhere
got lots of case write up to be finish up

and right now
i miss my family in kelantan so muchhhh
...mama...
...papa...
...miza...
can't wait to finish my study
another 2 months and a half more to go
before i end my 4th year study
quite scary ritee???
june 2010, i will enter my final year
dec 2010 - i will sit for my second professional exam
june 2011 - my graduation! insya-allah

i pray hard to almighty Allah swt
so that i will finish my study with flying colors
and don't have to repeat any papers
lets me do it once and perfectly!
and hopefully
i will be a safe doctor to practice in the future
insya-allah....
wasalam


Sunday, February 21, 2010

Alone

Starting from tomorrow i will be left alone in my room
Roomates2ku dah lari.....
Zara bawak diri pi Terendak
Nawal ke Gombak
Tggal aku sorang2 kat bilik ni...
Sunyilaa...

ALAMAK!!
Saper nk kejut aku bangun pagi2 nanti????
Sape yg akan masuk toilet dulu niii???
alaahhaiii....

Ermm dieorg tade...
Nmpak gaya nyerr kena laa aku set jam...
kene bangun awal2...
But dun worry! ianya utk 1 week saje!

Tuesday, February 16, 2010

Kisah Duka & Bodohku


Lama dah tak menconteng kat blog ni
dekat 4-5weeks gaks laa
bukan tada idea, tp sbb 3K
kesibukan nk exam -- alaaa alasan jew tuh, bukn study pun waktu cuti!
kemalasan nk taip -- ni btol!, rase berat jer tgn nk tekan keyboard
kepanasan glerrr2! -- cuaca panas skrg ni membantutkan semua keje aku termasok laa tdo

tp bukn menda2 ni yg aku nk cite
aku nk cite pasal kisah yg duka n bodoh yg terjd padaku hoohoho

diharap cite ni dpt memberi ikhtibar yg sgt2 mendalam buat diriku, diriku n diriku juga
alkisah,
satu hari, di suatu hari ahad, tarikh dah lupe
plan nk g cycling ngn members di taman botani
tp kene cancel laa pulak
bila aku kne teman kwn aku ni g An Nur hospital
prof ikram ajak, die nk kasi chance intubate pt
bukn aku laa....die!...aku teman jerrr

sesampai kat An nur, tukar baju
pastu usha skit case per
jeng3.....kes ortho rupenyaa...
case 26/M/male with R olecranon fracture daaa, nk buat CMR & k wiring laa
kiteorg pun tanye laa skit2 history n
then wat laa skit pre opt assessment (wahh apply anest gtu)

prof ikram pun sampai dgn gaya santainya
prof pun berkata pd kami " haaa..pegi prepare drugs utk intubate"
kami yg tergamam berselindung di balik mask tuh pun melulu masuk ke OR
aper lagi kelam kabut cari botol2 ubat ni
dosage die pun tatauuuu..aper nk buat ni???
yg aku slalu usha kat hosp serdang, dieorg guna
Propofol, Fentanyl, ngn Atracurium ermm cukuppp
Geledah punyer geledah cari botol2
kemudian kami susun baek2 btol itu, kasi prof nmpk kiteorg wat keje hohoh
Sekali ko......salahh daaaaa!....
AN Nur tak main laa Fentanyl bebbb....
die kasi Morphine trusss...
huisshhh... sib baek lagi 2 tuh.. btol!
yg pasti kitorg prepare jerrr.. dose prof yg buatt..hahha

okay..mase utk kasi tdo ini pt laaa
bile pt dah tdo, operasi intubate pun bermula
aperlagi, dongak kepala die
bukak mulut besar2
suluh cahaya, nmpk epiglottis
naahh ko aper lagi! masuk tube cpat2
jgn hesitate
tp jd tukang ckp n tukang tengok mmg senang laa
haaa...cube ko rase n buat sendiri!
bukn senang weiiii!
bygkan adrenaline ko tgh rushhh skrg niiii (prof ikram tgh tgk kewibawaan ko!)
nk struggle bukak mulut pt tuh lg pastu gelabah tak jumpe epiglottis lg
takot laa gak kan masok esophagus, tak pasal2 kembong plak perot die!
take home msg: Make sure head tilt, chin lift btoll2!!!

selesai sudah bergelut nk intubate pt ni
prof pun ckp " ermm meera awk scrub laa assist dr azlan"
aku waktu tuhh...haaaahh??? terbuntal bijik mataku
aku dtg nk belajar pasal Anest! ttbe tukar profession jd assisnt Ortho surgeon plakk
OMG....dah lama tak assist surgery ni!
cara nk scrub pun aku igt2 lupa laa daa
arrrhh..taram sajer laaa.....
dgn confident yg tak seberapa aku pun berkata OK!
daannn dari situlaa bermulanya episode duka lagi bodoh buat diri kuuu!

aku pun menuju ke sink n cuci tgn sebersih2 nya
dgn mengunakn sabun yg sgt bykn berus sental aku pun sental laa kedua2 tgn
10 kali aku sental utk setiap bahagian
itu yg sister kat OT putra ajar aku dulu
ok dari satu tgn ker tgn yg lain
kemudian aku bilas plak, bila dah selesai
aku pun mencari2 tisu nak lap ni
kebodohan aku yg pertama dpt ditunjukkn dgn mengelap tgnku
menggunakn tisu yg tergantung kat dinding (alaa yg mcm tisu kat jamban Tuh!)
adoiii haiii..bodohnya aku tisu tuh tak sterile kot!!!!
perbuatan aku itu disaksikan oleh akak nurse
die pun berkata" ehh dik mane leh lap guna tisu tuhh!...dah2 scrub skali lg...'
aduhh malu besar akuu
aku pun scrub skali lg tanpa pikir pjg
pastuh aku kuar ngn tgn basah2 tuh utk lap tgn
mengunakn tsu yg sterile yg disdiakn akak nurse
ok part lap guna tisu tuh aku igt lg...oklahh settle
pastuh ttbe otak aku jd jammed kejap
tatau asal dtg confius ttbe
nk pakai glove dulu ker gown duluu??? bodohnyer soklann....
arghhhhh..aku pun dgn bodohnye menyarongkn glove duluu
siap dua2 belah lg tuhhh!!!
dr kejauhn dgr 1 suara ni..."ehh dikk..pakai gownn duluu..baru glove!"
waktu tuh aku rase 1 OR tgk akuuu
malooo besar woooo aku waktu tuhhh...
bodoh glerr mcm tak penah belajar!
aku pun bukak laa glove tuh dgn rase sedihh
aku dah bazirkan harta hosp An nurr...uwaaaaa
ok pastuh prof ikram dtg dekat aku
nk ajar cam ner nk bukak gown dgn berhemahnyer
aku pun ikut laa arahan prof
tp dgn gelojohnyerr....
aku pegi libas / sentap gown tuh nk kasi bukak,
aper ko igt nak sidai kain perr meera????
skali terkene troli yg tak sterile laa plakk....
addohhhhh..meera, ko ni menyusahkan org lain laaa!!!!
tak pasal2 dah rugi gown tuh ko kerjakan
akak nurse tuh pun pegi laa amik satu lagi set scrub yg baru
kali ni aku kene buat btoll!
kali ni aku bukak gown tuh ngn polite nyer hasil tunjuk ajar prof
huuuhhh berjaya!
bile dah sarung gown tibe laa masenyer utk pakai glove plak
ya allah ni lagi satu azab bagi ku!
akak nurse tuh kasi glove size 5.5 kat aku
padahal aku ckp aku nk size 6
sbb aku penah pakai glove 5.5 - glerrr ketat weiii!!!
satu hal lagi cara nk glove ni pun bukn senang bile ko dah pakai gown
ko tak leh expose ko nyer tgn lebih dr gown tuh'
ko kene masuk kan dulu glove kat dlm tgn due2 belah pastu baru adjust
ya allah hanya tuhan saje yg tau
betapa susah nyer aku nk masukkn glove tuh
ketat glerrr!!
aku rase tgn aku dah cyanose dah waktu tuhhh
aku dah nak give up dah waktu tuhh
rase mcm nk ckp prof sy tak nak!
sy nak balik! sy tak nak assist surgery ni! glove susah nak masuk! uwaaaa
tp aku kuatkan semangat!
ko boleh meera!
dgn bertungkus lumus aku shrink n flexiblekan tgn aku nk kasi masuk glove tuh
alhamdulillah berjaya gaksss
adoii penatttt daaa struggle ngn glove ni

ok surgery bermula
sblom tuh dr azlan tnyerr kat aku
" baper kali dah awak assist opt?"
aku pun ckp 1 kes jer- lipoma hohoho
sbb waktu tuh, lipoma jer aku igt
padahal aku penah assist appendicectomy kat terendak

dan opt pun berjalan dgn sempurna
tgh2 syok layan n assist dr azlan ni
tetibe cahaya lampu tak cukup plakk
sbb tgn pt tuh aku dah kasi adjust kasi atas skit
tade laa dr azlan wat keje terbongkok kan?
so lampu pun kene alih laa kannn, sbb cahaya tuh dah lari
aku pun dgn selamba bodohnya
aku capai tombol lampu tuh
dan aku adjustttt lampuuu kasi focuss....
sesudah aku buat begitu aku dgr satu suara ni lagi
" ehhh...dik222....JGN PEGANG LAMPU tuhh!"
ahh kak sudah terlmbt laa warning akak..sy dah selamat pegang laa kak! Sorry!!
aku ckp dlm hati jer laa....
manelah aku tau kan?? selalunyer tgk kat serdang surgeon2 kat situ selambe jer adjust lampu sesuka ati dieorg tgh2 opt tuhh..
aku pun nk mengikut jejak langkah dieorg
skali ko kene marah laa plakk...!
adoiiii... ni dah masuk kebodohan yg ke3 aku buat
tak pasal2 surgery tuh terberhenti sebentar sbb kene layan kerenah kuuu
gler mendpt perhatian aku dikala itu
ya ampunn ya semueee...
disebabkan glove aku tak sterile akak nurse tuh pun skali lagi amik glove yg baru
cube bayangkan bile glove dah berlumuran darah n ko dah kne bukak pastuh
nk tukar yg baru
lagi lagi glove size 5.5 plak tuhh!!!!
waduhhh2..susah lagi mau masukk
tgh2 nk cube tuhhh....ttbe dr azlan ckp " meh sy tlg awk pakaikan"
ahh baik glerr dr azlan ni!
yer laa mane tak nyer
ko dah melmbtkan keje die, sbb tuh die nak tlg pakai kan utk ko
kalo tak lagi setengah jam laa nk tguu ko pakai glove!

selepas selesai adegan pakai glove tuh
aku terjeling ke arah prof ikram
aku nmpk prof cam tersenyum sinis n geleng kepale....
aduhh maluunyerr ngn profff

akhirnya abes jugak laa opt
prof ikram dah ckp2 pasal kene ganti rugi gown ngn glove ni
kene bayar total rm 25 utk semue yg aku bazirkan
aku dah rase bersalah n sedih
sebelom berangkay blaa dari an nurr
aku mintak maap glerr2 babeng kat prof ikram n dr azlan
sbb kehadiran aku di OT tuh menyusahkan mereka semua
walaupun dieorg tak marah
tp jauh disudut hati mereka mesti dieorg ade ckap "Apaa daaa..budak niiiee.."

keesokkan hari nyer aku ade kelas ngn prof ikram
1st isu yg die bangkit adelah
jd surgeon kene pandai pakai glove!
wowowo...doinkkk kene tepat kat atas batang hidung ku!!!
prof kutuk depan2 akuu...
sib baek laa a few of my frends jer tauu...dieorg jer laa yg gelak
yg lain terpinga2...

so moral of the story:-
kalo tak moh dikutuk2 or dimalukan oleh prof sendiri
1) rajin2 laa balaja cam ner etika nk masuk OT. kene tau mane kawasan yg sterile n mane yg takk
2) rajin2 laa practise cam ner nk pakai glove n gown yg sterile. Sbb nanti jd HO pun kene byk assist surgeon maa..so better practise dr skrg....jd kan lah cite ni satu pengajaran buat semue
3) jgn biarkan kebodohan menguasai diri anda! amik mase utk berfikir. relax n calm down. jgn gelojoh. bile gelojoh inilah jd nyerr...!

sekian sajer. tq










Tuesday, January 19, 2010

jalan2 cari Batik & kepok lekor!

kalo balik kelate, errmmmm
mmg tak sah kalo tak jd drebar utk mama jln2
setiap kali aku balik, mesti dah siap schedule utkku
hari ni nak g sana, esok nak g situ
lusa, tulat, tubing? (btol ker ni?)

Aku tau dia borink dok umah sorang2
and bila anak2 balik la
masa utk dia berjln2, shoppin2
syg & kesian ngn mak nyer pasal
aku turutkan kehendaknya.....
anak baek laa kata kann~ weeee

So, tugasku di hari ke4 cutiku
lain skit dr cuti yg lepas
hari ini ak jd drebar mama &
kawan baek dia, Aunty Rohijah!
Aunty ni kwn se-VSS mama mase kat KL dulu
dah lama dieorg tak jumpe
dekat 7 thn gaks laa
so td boleh dikatakan detik2 jejak kasih jugak la!!
ade adegan cium2 pipi n peluk2laa
seronok tgk mamaku heppi....

oleh kerana, aunty ini dtg kelate
mmg nk shoppin batik
aper lagi mama pun recommend g ker
'Bazar Buluh Kubu'
huisshh kat sini, batik2 die lawa2 belaka beb!
kualiti pun bagus2
mmg exclusive laa
aunty rohijah pun mmg shoppin sakan laa
beli utk suami, anak2, and besan dia
ade kat 7 kain die beli
huhhhh itu tak campur tudung lagiii!!!
mmg more than rm1 totalnye die spend
aku ni pun dah jd rambang mata nk beli gakss
sib baek gak poket kosong
kalo tak dah lame aku balun skali beli!!

dan hari ini juga
aku belajar mengenal jenis2 kain batik
yg aku tau ader 2 jenis
satu namanya "jeckel"
and satu lagi ' creek'
hoho..i hv to check back the spelling.
takot2 salah eja, wat malu jer
about the kain
aper yg dpt aku bezakan antara dua tuh
kain jeckel ini - licin & shinning
kain creek - bergerutu, tak shinning
depends pd individu tuh sendiri nk pilih yg mane

from my survey
rata2 harga2 kain2 kat situ semuenya
above rm15o
tp utk kain jeckel N creek jer laa
utk below than that price pun ade gakss
cume kualiti kureng skit laa...
bagi sesiapa nk beli batik kat sini
sediakan duit byk2 skit norr
takot2 nanti rambang mata
tatau mane nk beli
kalo tak cukup duit nanti kang
alamatnyer beli kain cuffton jer laa kamu yerr....

so skrg ni aku dah pandai skit pilih kain
amik tips dr mak aku, aunty rohijah
tauke2 kedai kat situ
hopefully after dis aku pandai laa nk beli kain sendiri
kalo tak sblom ni mak aku jer yg pilih
baju kurung wat raya utk akuu!!!
hoho..kantoi! besar2 pun suh mak pilih kain!!!

pasal tudung plak....haaaa.....
tudung terkini
selain tudung arini!
namanye tudung sorowski!!!
belian die mak datuk!
mengelip2 & tak mudah tanggal bile di basuhh!!!
harga nya around rm40 -400 plus++
lagi byk belian lagi mahal laa jwbnyer
so bergantung kpd byk mane berlian yg anda mahu!

last skali, sblm anta aunty rohijah
balik hotel die
aku bwk die g beli
kepok lekor yg tersedap di kelate!!!
di Kuala Besar
dekat2 ngn Pantai Cahaya Bulan (PCB)
harganya 1 btg = rm1
kepok nye tebal N byk ikan!
dun worry sedap!!!
dah byk testimoni yg gua dpt dr kwn2
x caye tanyer ridz, shahril, tkah n syaks!
dieorg dah try

tips utk entry kali ni
klo dtg kelate!
jgn lupe beli batik!!!
batik kelate punng lawa2 dr ganu nyerr
tp jgn lupe utk tawar menawar!
boleh diskaun nyerr...cume kene kecek/speaking kelate skit
dan lagi satu jgn lupe try kepok lekor kat kuala besar!
sedoopp....
kalo terase nk dtg kelate
n perlu kan tourist guide
oyak laa ker ambooo!!!!
insya-allah kalo free ambo leh tlggg.....
sekian

Monday, January 18, 2010

Berbudi kepada tanah

Yeayyy!!! Cuti sekolah aku dah start!
1 week aje!
kire oklaa tuh kan?? dari x der langsung.
Ahaaa....ini plan aku utk cuti kali ini
Percutian ke Pulau Perhentian bersama family!
menarik kann???
tapi malang nya...........

Mamaku: TAK BOLEH g jalan2 lagi.
Mama nak save duit!
Bulan June ni baru leh jalan2 yer
Aku: HUAAA??? June ??? lambat lagi tuh maa...nak cuti skrg!
Bulan June meera dah start Final Year maa!

Mana sempat nak g jalan2 dahh...
Nak focus study!! (huhh budget laa tuh!)
Mamaku: Insya-allah ada rezeki kita pergi.
Jgn risau

Aku: (mencebik bibir dgn pasrah jew. tak leh nak lawan ibuku)


Kesimpulannya, aku TAK JADI pergi pun pulau perhentian tuh.
Dok Umah jer laa aku cuti ni.
Sedih...sedih...dan sedih
baru igt nk enjoy cuti ku puas2 ngn percutian ini
dan yg paling penting!
melepas lagi aku nak tgk anak2 penyu yg comey2 kat ganu!!!
bila lagi nak g ni weii???

So bagi mengubat hati yg lara ini
aku memikirkan sesuatu yg dpt menconvertkan
rasa sedih aku ni kepada fun & gembira
So hajat dihati ni mengembalikan nostalgia lamaku masa kecik2 dulu
Haaa....apekah itu??? haaa ni nk habaq mai
Masa aku kecik2 dulu, aku suke gardening!
menanam pokok mmg hobi & kemahiranku
boleh kata apa yang aku tanam semuanya menjadi!
nak kata berlagak tuh??? ermm berlagak laa jugak..hihihi
sampai ayah & mak aku pun naik jeles ngn aku!
adik beradik tak yah cite laa....
dieorang tak minat ponnnn....
aku tatau cam ner leh menjadi tuh???
aku tak der pun masuk kelas2 menanam
yg aku tau aku campak jer pokok tuh masuk dlm lubang
tup2 die hidup......rezeki aku....hoho

Aku ingat lagi masa aku standard 4 dulu
aku ada tanam 1 pokok bunga matahari ni
bermula dari biji benih sehingga laa ia membesar menjadi pokok yang matang
Ia membesar dgn sihat
Hasil drpd cahaya matahari yg cukup + air hujan +
air siraman ku+ bajaku skit + oksigen utk hidup.
Dan aku masih igt, setiap kali balik sekolah
perkara pertama yg aku akan tgk adalah pokok itu!
dan aku tak jemu2 bercakap ngn dia
supaya dia tumbuh cepat & berbuah
dan akhirnya ia berkembang menampakkn hasil
sungguh cantikk!
ia berdiri megahnya sebagai sepohon bunga matahari
yang kelopaknya kuning keemasan dan
buahnya a.k.a kuaci berwarna kecoklatan
ermmm memang sedap utk dimakan!!!
tapi tak sempat nak dimakan
binatang lain dah sapu dulu! (aku rase burung nya angkara ni!)
kuaci2 itu sudah keguguran
bunganya dah malu utk menampkkn diri
semua seakan akur dgn keuzuran masing2
pokok itu dah tak secantik yg dulu
akhirnya ia mati disitu
maka tamat laa riwayat hidup pokok bunga matahari!

itulah cerita pokok bunga matahari aku
so bersemangat utk hidup kan balik hobi ku ni!
sesampai jer aku kat kelate hari sabtu hari tuh
disebelah petang nya
aku amik mood utk start balik hobiku
aku berjalan disekeliling umah
melihat pokok2 yg ada
aku mula menyiram pokok2 ini
sambil menyanyi2 kecil
dan bermonolog seorang diri
pokok2, moga kau terus hidup subur di kawasan rumah ku ini
dan memberi ketenangan & kederupan kpd rumah kami

the next day, aktiviti bergelumang ngn tanah sudah bermula!
aku tlg ayahku tanam 3 pokok pinang yg besar gedabak kat tepi2 rumah
nak kasi kurang panas & redup skit.
Ayahku bertindak sbg si penggali lubang2 yg dalam utk pokok2 ni
aku jd kuli utk punggah tanah2 & tukang siram pokok!
mak aku tukang tengok jer!
at last, it was fun & berpeluh!
even tho ini kerja berat
tp kalo dilakukan bersama
ia dah tak jadi berat anymore....
tak sabar rasenya nak tgk pokok2 ni membesar
mcm pokok bunga matahari ku yg dah tggal memori

kesimpulannya utk entry kali ini, kita kene berbuat bakti kpd tanah
sbb dr tanah kita berasal dan dari situ jugalah kita kembali
dr konsep menanam pula, adalah digalakkan utk bercakap2 ngn pokok
sbb mereka leh dgr kita ckp. cuma kita jer tak dgr dieorg reply balik!
kalo dgr, for sure lari lintang pukang laa kang!
lagi satu jgn lupa siram & baja pokok2 itu dgn penuh kasih sayang
sbb mereka cam kita jugak
kalo tak dpt air n nutrient mmg terhydrate gler2 laa mereka
so kalo tak moh tgk dieorg terbantot tumbesaran nya & kekuningan layu
maka rajin2 laa menjaga mereka!

Saturday, January 16, 2010

A checklist


Mau tau naper hati tak tenang?? tak Bahagia? rasa gundah gelisah???
Haaa....mari dekat mari rapat! Sini ade jwpnnyerr....!

Ini dia jadual semak diri @ self assessment checklist!

i got this td, during my usrah session. thanks to hanum for this tazkirah!

9 sifat/sikap naper hati tak tenang;-

1. Pemarah
  • jgn terlampau ikotkan nafsu amarah tuh!
  • itu semua mainan syaitan
  • bykkn b'ishtigfar & selawat
  • jgn cepat nak marah2! nanti kwn lari, bf and etc. nanti abis semua
2. Pendendam
  • huishh,, tak baekkk nak dendam2 ngn orang lain!
  • x perlulaa nak simpan perasaan dendam tuh
  • maafkan lah saja hamba Allah tersebut
  • sesungguhnya org yg memaafkan kesalahan org lain adelah lagi mulia dari org yg meminta maaf
3. Hasad dengki
  • tak perlu dengki - mendengki dgn aper yg org lain ade
  • aper yg die ade, adelah kepunyaan dia dan hak die
  • aper yg kite ade, itulah diri kite.
  • jgn compare diri kita dgn org lain, tp compare diri kita yg dahulu dgn sekarang, any changes?
4. Bakhil
  • jgn kedekut taik hidung masin! jgn jd haji bakhil!...
  • rajin2 laa kite bersedekah yer, even kecil nilainya tp kalo niat btol besar pahalanya
  • harta yg sedikit kalo diinkafakkan ke jalan ALLAH, maka berlipat kali ganda faedah yg kita dapat.
5. Tamak
  • bersyukurlah dgn apa yg ada
  • org tamak itu selalu rugi
  • amalkan sikap sederhana
6. Tidak Sabar
  • sabar itu kan separuh drpd iman.
  • byk2 bersabar ketika menghadapi sebarang dugaan
  • itu semua adalah ujian dr Allah swt terhadap hamba2 nya yg lemah
  • so jgn gelojoh
7. Ego
  • tundukkan egomu dlm semua perkara mahu lelaki ataupun perempuan.
8. Riak
  • jgn terlalu bangga/takabur apabila anda dipuji
  • sepatutnya lagi dipuji, lagi rendah dirilah kita
  • kerna manusia ini dijadikan tidak pernah sempurna
  • pujian itu hanya pendorong/ semangat utk berjaya
9. Cinta Dunia
  • jgn terlampau leka mengejar cinta dunia!
  • jgn alpa dgn urusan duniawi sehingga lupa urusan ukhrawi
  • cinta yg hakiki adalah cinta akhirat.
checklist ini sgt berguna buat kita utk muhasabah diri kita.
kdg2 kita tak sedar, kita ade sifat2 mcm di atas ni,
oleh itu jgnlah malu2 utk suruh ur kwn/peers utk assess diri anda.
kdg2 juga, mereka lebih tahu or nmpk aper yg ade pade diri kita, yg kita tak nmpk???
so skrg ni ia dah jd peers assessment dah!

Friday, January 15, 2010

Masa yang berlalu pergi...


Ok. Hari ni secara officialnya tamatlah sudah 2 posting yg telah aku lalui
'Family Medicine & Orthopaedics' posting
Dgn berakhirnya grand reflection td
maka berakhirlaa sem 7 utk tahun ke 4 aku belajar di CUCMs
Agak hairan ngn diri aku,
Tatau laa naper, setiap kali nk abes posting jer..
aku mesti nak rasa sedih, and sayu glerr...
Asal nk sedih2 pulak??? emoo laa luu...
sedih laa nak tggalkan lecturers yg bagus2 ni
sedih laa nak tggalkan posting yg aku telah dlalui ni
and mayb one of the reason aku sedih sbb
ermmm.....
aku semakin meniti usia skrg ni
ko dah 23 taun meera taun ni!!!
makin lama makin tua...buknnyer muda
and makin lama makin menghampiri year 5
and makin dekat nak sit for professional exam
and makin tak lama lagi aku nak bergelar doktor!
So perasaan sedih tuh mmg wajib aku rasai!
sbb aku tak ready lagi utk semue tuhhh!!!
arrrhhh tidakkkk......
cepat tul masa
pejam celik pejam celik aku kat sini
nanti pejam celik pejam celik lagi aku kat sana dahh...
itulah nama nya putaran kehidupan.
tp ini hanya sementara. disana nanti kita akan kekal abadi
Sabar yer meera

ehh back to grand reflection td,
bile dok menung sorg diri td ( berangan sat td!)
aku seriyess salute2 glerrr22222 ngn lecturers kolej aku ni
aku rasa semua nya bagus2
mmg yg elit2 yg pro2 belaka dgn bidang masing2
aku bangga laa ngn mereka2 ni (bukn nk puji lebih2, tp mmg btol!)
bila tgk dieorg ni kan
aku rasa tak sabar nak merasai zaman dieorg tuh
nak berada dikalangan org2 yg professional
yg berdiskusi & cakap pun cara professional

Basically, dlm grand reflection td kiteorg comment laa skit
posting ni aper yg best , aper yg kureng..and bla2
Bg lecturers plak, dieorg comment yg
dieorg puas hati ngn batch kiteorg ni
in term of skills, communcation, group work, leadership semue tuh tip top!
cuma tangg....content tuhh haaaa....
addduuuuhhhh
ni yg den lomah niii.....
so ? aper nk buat??
kene wat sesuatu ni!
next posting aku specialty posting ni
which contains of anestesiology, opthalmology, ENT, radiology
wowww byk tuhhh weiii!!!
4 in 1 ni,
so td amik tips skit dr ummu salamah
aku kene focus btol2 dlm kelas
so that tak yah study lgi lepas tuh
sbb everyday balik, confirm tido
penatt kot, kelas abis kol 6.
so at least, plan from now
go meera!

eh lupe plak nk introduce seseorg ni
waktu grand reflection laa jumpe die ni, 1st time
ari ni kiteorg dpt presiden cucms yg baru
dato dr abu bin abdullah (kalo tak silap laa nama die)
die yg ganti tmpt tan sri joe
hari ni hari ke 10 die di cucms
so orgnye agak sempoi, confident, penuh ngn misi, visi n seangkatannyer
engineer tuh beb!
die cam bersedia nk jlnkn tugas2 die
terima complaints dr kiteorg
n cuba perbaiki or atasi nya
so aku harap n berdoa
die bukn hanya manis2 mulut saje berkata2
cam ahli2 politik kite ni
tp make sure die kota kan janji die!
jgn nk taburkn janji2 kosong saje.
hopefully die tak buat camtuh laaa
i've good impression about him ni

ermm nk cite pasal exam FMS & ortho aku (eventho dah lepas)
Hari ni & semalam, kelmarin & last week exam
hohoho
written exam FMS & ORTHO - ade susah, ade ok, n ade bogokss careless mistakes!
clinical exam @ percepting - Horrible, terrible, aper lg ek???terok sgt2...
hahaha..
aku cam tak letak target pape skrg ni
sbb takot nanti hampe plak kalo x dpt
so better doa, redha and tawakal
hope to do better in the next posting
insya-allah

so aku nk akhiri entry ni
ngn berkongsi aper yg aku tgk di akhir grand reflection td
kiteorg tgk video presenttn yg disediakn olh prof hatta
video ini diiringi ngn lagu by Outlandish tajuk Look into my eyes
(best2 aku suka! ngn lirik n muzik die!)
video ni pasal org2 muslim di palestin yg ditindas oleh org2 israel disana
byk kematian yg melibatkan kaum hawa, anak2 kecil and org tua
sungguh sayu n menyayat hati kalo tgk
kekadang ada perlunya kite reflect balik diri kita ini
kita cukup bernasib baik tak mengalami nasib seperti mereka
kita patut rasa syukur yg amat sgt terhadap aper yg Allah dah kasi pd kita.
dgn itu ape kata
kite yg jauh ni sedekah kan doa buat saudara2 kite yg berada disana
semoga Allah sentiasa merahmati mereka
n semoga berakhirnya kesengsaraan mereka
aminn

p/s: marilah download lagu outlandish - look into my eyes!

Friday, January 1, 2010

2010 chapter

the Year 2010 has arrived!
today is 1st JANUARY of 2010!
it's a 1st day in this new year
So i guess everyone already set your own resolutions rite???
so do I !!! I have 20 resolutions to be achieved on!
let's check it out!

ACADEMIC
  1. to be hardworking! (no more a lazy person)
  2. to be punctual all the time (sian org lain kena tggu)
  3. to not stress out too much! (nanti migrain dtg!)
  4. to sleep early & properly (x moh shock2 dah every mornin)
  5. to do things fast & competent! (jdlah si lipas kudung yg bagus wat keje!)
  6. to study smart and hard
  7. to read books a lot!
  8. to prepare yourself for 2nd Proffesional exam
  9. to focus when doing ur works
  10. to score even better for next coming postings (Specialty & Psychiatry!)
NON ACADEMIC
  1. to start saving money from now! (jom menabung kwn2!)
  2. to exercise frequently (peha dah gemokks ni!)
  3. to cut down ur weight (now is 54kg??? naik 4kg sudeyy)
  4. to communicate with my sister ( x moh gadoh2 daaa)
  5. to lower down ur ego, emo and kedekot
  6. not to be a baran n garang woman! haha
  7. not to be a complicated woman! (x yah serabot!)
  8. to be a patient & cool person
  9. to read al -quran & al matthurat everyday!
  10. to prioritise & think of yourself first and then baru other people
PLAN OF ACTION
  1. i already bought a 'tabung' to save the money. so everyday i will insert rm1 in the tabung! yeayy
  2. about the stress and headache. what i will do is jot down when i'm having the sx in a 'headache diary'. so that i can analyze myself
  3. for exercise. i just practice a simple one like do sit up every morning! or jogging when u freee...
  4. make a routine to read quran preferable after suboh or maghrib and to put al- matthurat in your beg. so read it up!
  5. sleep before 10pm so that u can wake up at 3am
  6. make ur own mind maps & start doing revision & discussion with grpmates!
so here i wanna wish!
HAPPY NEW YEAR
may this year 2010 brings more lucks and success in our life
and i hope to become a better daughter, sister, student and friend!
insya-allah and aminnn