Thursday, December 31, 2009

minggu datang & pergi

Telah berakhirnya minggu ini
minggu zombie a.k.a mayat hidup
minggu yg penat dan tak bermaya (balik kelas trus tdo!)
minggu yg tak cukup tido (4 jam jer!)
minggu yg aku balun nescafe tiap mlm (polyuria denn!)
minggu yg tak berapa rileks
minggu yg tak berapa happy n enjoy :(
minggu yg aku palpitation, cuak & kalot!
minggu yg malas & tak semangat
minggu percepting di KK Bangi
minggu yg dtg lambt ke KK (7.40-7.45am)
minggu hari2 breakfast kueh, beli depan KK
minggu yg penuh pujian dari Dr Azizah
minggu yg dimarahi oleh Dr Lashmi (strict gak org nya ek?)
minggu selepas GP week
minggu kemaskini data patient seen in GP
minggu TBL setiap hari!
minggu prepare TBL last minute (cam sblom ni wat awal?!)
minggu aku present TBL diabetes mellitus
minggu completekan log book
itulah dia minggu ke 6 FM (family medicine) posting
thank you to new year holiday
kerna menamatkan minggu ni
maka tamatla sudah penyeksaan aku utk minggu ni.

namun penyeksaan tak berhenti disitu
ada lagi cabaran yg bakal menanti
inilah minggu yg bakal menjelma
minggu ke 7 FM
minggu OSCE
minggu aku MCHC exam
minggu 1st percepting exam aku (RABU depan!)
minggu aku diasses oleh YRAR di KK Dengkil -arghh scaryy!!
minggu aku kena practise palpate byk2 perot pregy mom sblom exam!
minggu aku kena buat yg terbaik
minggu yg aku kena score tggi2!
tak lupa jugak,
minggu GP presentation dgn Dr Sheikh! (arghh malasnya nk present!)

seterusnya
minggu yg aku sangat2 dinantikan!
minggu ke 8 FM
minggu akhir FM!
minggu yg aku self study and nk exam
minggu yg takde study week!! ( x patot tull!)
minggu 2nd percepting exam di KK Bangi
minggu OPD case ( mintak2 dpt acute case utk exam!)
minggu exam ngn NAS ( hari isnin!)
minggu written exam (FMS & ORTHO!) -uwaa 2 papers tuh!
minggu aku yg akan pecah otak nk jwp exam! arghh...
minggu yg aku akan balik bercuti lpas abis exam
(yeay itu yg aku mauu!!!cuti3x!!!)
berakhirnya minggu ni
maka berakhirnya minggu penyeksaan aku bersama FM posting
minggu yg akan tinggal memori manis & pahit pd aku
minggu2 yg mencabar semua skills2 aku
minggu2 yg telah mengajar aku erti menjd seorg primary health care staff
minggu2 yg byk learning issues to be reflect everyday
dan pd minggu ini juga,
i will say goodbye and thank you to FM
for wonderful weeks.

Sunday, December 27, 2009

'BerCUTI + BerGP'

Haiiloo blog! Dah lama tak update ko!
dah berhabuk dah yerr..
Sorilaa, lately ni aku busy + malas + penat, so x sempat nk blogging
Ermm nmpknyer byk mende aku dah missed
Antara yg aku igt??;- Tahun baru Islam 1431 hijrah, service duty kat KK Bangi, ulang alik KAJANG<=> BANGI <=> PUTRA (fewww penatt siot!)
So, rasenya lom terlmbt nk wish
'SALAM MAAL HIJRAH' utk semua umat islam
moga hijrah kali ini memberi lebih sinar kpd erti kehidupan kita

Ok enough about the past
Skrg ni psl yg present ni!
Teka aku kat mane skrg??? ahaaa
Aku skrg ni tgh bercuti dgn heavennyer kat KELATE
yupss my hometown! (negeri cik siti wan kembang)
tp malangnya tempoh bercuti tuh dah nak tammat!
esok kena balik putra! flight pagi lak tuh (uweekkk..x moh2!)
papepun aku puas hati ngn cuti ni
sbb cuti aku ni bukn sia2
AKU sebenarnye bercuti smbil berGP??
huhhh! walaupun byk dugaan yg dialami utk berGP ni
namun akhirnya segala problems selesai gakss
tp part ngn dr Aziz n Azizah tuh lomm lagi
HEHE

BESSSTT glerrr3......GP attachment akuu!!!!
'KLINIK ZIAD' di Melor (kasi promote skit)
ya itulah tempat aku mengattachedkan diri ku
tempat dimana aku belajar byk benda
tempat aku belajar bahasa/dialek kelate yg baru eg; 'MEDU'? SAKIT URAT? menJAWI??
tempat aku practise communication skills ku
tempat aku dilatih dan dilayan sebagai seorang Doctor
m'clerk pt, examine, do the procedure and give treatment
Disini aku berpeluang m'handle medical check up students, guna ultrasound, buat I&D procedure & needle aspiration (cuma sunat org jer tak diallowed)
Disini juga aku kenal erti penat bekerja sbg seorg GP yg commited merawat pesakitnya
Disini aku temui pelbagai perihal laku manusia & penyakitnya
Antaranya:
- STROKE
- ASCITES
- OEDEMA
- COPD
- CENTIPEDE BITE
- THYROID GOITER
- BREAST LUMP
- DM (berlambak! utk negeri manis ni!)
- common cold ( sgt laa common)


Terima kasih bykk2 pd Dr Ziad Azhari!
thanks for the wonderful experience a.k.a teaching, advices, stories
tenkiu gaks to akak2 staff kat situ
Kak Za, Kak Ti, Kak Ya Sar, Kak Ya Chik
toceii2!! syukran! arigato! i'm gonna missed u guyss...
insya-allah cuti nanti sy dtg kaco lagi! hehe

Monday, December 14, 2009

~post - Le Tour de Kedah~

Fever + Sore throat + Runny nose + Chesty Cough + Tinnitus + Headache + Generalised body ache

HAAAA...nilah present yg aku bwk pulang dr Kedah!!! menarik tak??
ermm..tak pasal2 aku kena amik MC ari ni gara2 present ini!
ni gara2 cuaca kat sana yg hangat ni...!
lebih hangat dr HOT fm laaa gua ckp luuu

Ok2
enough abt ke 'hangatness' weather
ada yg lebih hangat lg!
yeaa..program kami disana???
on 11 & 12 dec kami telah menganjurkan program Sunathon & Medical check up untuk penduduk2 Tanjong Dawai & Sg Petani!
yg paling best skali ialah,
aku dpt join team sunathon menyunatkan kanak2!!! cooollll....
selama 4 thn aku bersama CUCMS ni,
nilah kali ke -2 aku join sunathon, ( 1st time kat DPP)
tp kali pertama aku dpt buat sendiri teknik2 sunathon ni

Aku dpt wat suturing, give LA injection, and clean the smegma!
cool sgt bila dpt wat!!!( eventho ada mild shaking skit..hehe)
cam rase nk jd surgeon plak!!! best2...hehehe
tp satu jer x dpt wat iaitu
the cutting part! (ermm jgn berangan laa nk buat! belajar pun x hbs lg!)
papehal pun, tenkiu2 to my sunathon tablemates a.k.a FMS team
'ZEZE, HANUM & TKAH'!!!
tenkiu2 so much for teaching me ! guys rockk!


Abes jer menyunat kanak2
kena g tlg kwn2 kat medical check
huh..penat gler laaa
kene tlg adik2 UITM plak kat BP station
org ramai sgt, smpai tak menang tgn nk check
so belah ptg plak, kami semue keletihan
energy wat tuh mmg dah critical about 0.01% jer (hampir2 nk mati)
ape ape pun kami sempat layan blues sambil tgk sunset yg sgt lawa di pantai tanjong dawai!
cantik sgttt!!
balik homestay, aku mandi n trus ZZZZzzzzzzzzzzzzz




the next day, medical check up kat sg petani!
best, best & best!
org2 kat sini baek2 belaka!
cam biasa, BP station jammed lg
so aku kena g tlg mereka2 disana!
petangnyer pula, g tjg dawai balik
mereka2 ni nk shoppin ikan kering n ikan masin!
mula2 aku xmoh ikut, tp ku kuatkan jgk tulang 4 kerat ni utk g
alih2..aku bwk balik kuih loyang 3 paket rm10 beb!
murah2! kalo kl ni maunyer 1 pket rm6.
plan seterusnye, mandi manda di Tupah!
tp aku x join laa
dtg utk celop kaki n then trus balik
well..tadelaa best sgt. cam sg congkak jer....air die pun x begitu bersih laa

malam hari nyer pulak,
BBQ time!!!
melantak tak igt dunia!
aku bedal 2 ekor ikan talapia yg size besar!!! ( kongsi ramai2 ni)
plus 2 mangkuk bubur pulut hitam ( best sgt!, dah lama x mkn mende ni!)
1 seketul & nasi goreng yg best!
teh tarik panas koww & air suam! (wajib ni sbb sakit tekak!)

so dikesempatan ini, sy nk ucap terima kasih byk2 especially kat family FARAH IDAYU (uncle, aunty, nana & faiz)
tenkiu2 atas makanan yg best2 n homestay yg sgt condusive
tq jugak pd YB Dr Hamdan ( atas nasihat2 yg berguna)
and tak lupa kepada semue penduduk2 Tanjung dawai & Sungai Petani
terima kasih atas layanan kalian semua
moga Allah swt membalasnya..insya-allah

pada kwn2 yg join LTDK, Congrats!!
we did a good job guys!!!
haa...lepas ni le tour kat mane pulak???







Monday, December 7, 2009

What a day!

feeeewwwwww [ mengeluh]
hari ini aku penat, penat dan penat!
first day percepting in the mornin kat KK dengkil
followed by TBL presentation kul 2pm
x sempat lunch pun!...:(

i'm was the one who start percepting first
yg lain observe dulu
so i got a GDM mom with multiple complaints
~ persistent rhinorrhea, pruritus & whitish vaginal d/c~
[ngn ilmu yg kosong kat otak?
korg bygkan camner aku clerk die??]

Ya Allah, malu gila aku kat pt tuhhh..
cam bongok jeww aku td!!
sgt laa blurr...tatau nk tnya per
bila Dr norlehan ckp 'u don't need to ask about so and so...'
'its already in the book...'
lagi laa aku tatau nk tnyer perr??
blurr yg seAMATnyer??

alkisah TBL plak
abis percepting, trus g RC putra
kena edit balik TBL aku wat
dah satu hal plak
weekend lpas aku mmg tak tenang hati igtkn TBL ni
[tp sempat gk g shopping sambil2 tuh]
topic that need to be cover sgt byk!!!
mana boleh nk compress dlm 1 TBL jew!
so nak tak nak kena laa buat jugak kan?

after all
aku tanya diri aku balik
inikah life as medic student??
asyik2 kena kritik??, selalu bz sokmo!
bila laa nk jd perfect ni???
bila laa nk boleh relax ni???

jwpnnya....

TAKE HOME MSG utk aku hari ni;-
  • u really need to study gurl! STUDY 3x [byk mende ko tatau ni!]
  • study the pink book before u start percepting! IMPORTANT!!!
  • ask adequately, dont spend to much time
  • u have to have an analytical thinking
  • sometime u have the knowledge but u dunno how to manipulate it!
  • 'the eye cannot see what the mind does not know'
  • be prepared for any possibility
p/s: cikgu saya baca blog saya! aiyoo cam mane ni???

Saturday, December 5, 2009

new invention!


alat mende nie?? cam jaring ikan jerr???
apa yg special sgt ttg mende nie???
haaaaa........jgn tak tau!
INILAH -->
alat Injap Gantian Melalui Kateter (TAVI)
alat untuk menggantikan injap yang telah rosak pada jantung pesakit.

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Institut Jantung Negara (IJN) menjadi hospital pertama di Asia memperkenalkan prosedur ‘Penukaran Injap Jantung Rosak dengan Injap Gantian Melalui Kateter’ bagi pesakit jantung berisiko tinggi dan lanjut usia.

Prosedur Tran-catheter Aortic Valve Implantation (TAVI) itu berjaya dilakukan ke atas tiga pesakit warga emas dengan salah seorang daripada mereka ialah Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad.

Dua lelaki tersebut menerima injap jantung gantian pada 25 November lalu manakala Shahnon, 76 tahun menerima injap jantung gantian pada keesokan harinya.

Prosedur TAVI yang dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah dan jantung IJN itu diketuai oleh Ketua Jabatan Kardiologi dan Pakar Jantung, Datuk Dr. Rosli Mohd. Ali.

Ia mengambil masa kurang daripada dua jam bagi seorang pesakit untuk dimasukkan injap jantung gantian bagi mengganti injap jantung yang telah rosak.

Terdapat dua kaedah [catheter angiography] iaitu dengan membuat tebukan kecil di pangkal paha [through femoral artery] atau di bawah tulang bahu [through subclavian artery] pesakit berkenaan.

Menerusi tebukan tersebut injap jantung gantian berukuran 23 milimeter akan dimasukkan ke dalam salur darah melalui kateter untuk menggantikan injap jantung yang rosak supaya kembali normal.

Dengan adanya prosedur TAVI, pesakit jantung berisiko tinggi tidak perlu lagi menjalani pembedahan jantung terbuka atau pembedahan pintasan koronari yang lazimnya dilakukan terhadap pesakit jantung di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga Pengarah Perubatan (IJN) Datuk Seri Dr. Robaayah Zambahari sewaktu mengumumkan kejayaan tersebut berkata, prosedur itu telah berjaya dilakukan terhadap tiga pesakit tersebut dan kesihatan mereka kembali pulih.

Beliau berkata, pesakit pertama berusia 73 tahun manakala pesakit kedua berusia 77 tahun yang berisiko tinggi jika melakukan pembedahan jantung terbuka.

Menurut beliau, prosedur TAVI bagi setiap pesakit berlangsung kurang daripada dua jam dan mereka boleh berjalan semula dalam tempoh 48 jam.

Jelasnya, ketiga pesakit tersebut telah kembali sihat dan dibenarkan pulang lima hingga enam hari selepas melalui prosedur tersebut.

‘‘Prosedur ini tidak ditawarkan kepada semua pesakit jantung. Kaedah ini hanya ditawarkan kepada pesakit jantung berisiko tinggi yang mengidap darah tinggi, kencing manis atau lelah yang lanjut usia. Ia sangat sesuai dan selamat bagi pesakit jantung yang berumur 70-an hingga 80-an.

‘‘IJN bangga kerana mencatatkan sejarah menjadi hospital pertama di Asia memperkenalkan prosedur tersebut terhadap pesakit berisiko tinggi. Kejayaan ini dilakukan secara berkumpulan oleh mereka yang terlibat dalam prosedur tersebut,’’ katanya.

Mengulas lanjut kejayaan tersebut, Dr. Robaayah berkata, prosedur TAVI diperkenalkan buat pertama kalinya di Amerika Syarikat (AS) pada 2002.

Sementara itu, Dr. Rosli berkata, pada pertengahan Januari depan beliau dan kumpulannya akan melakukan prosedur TAVI terhadap empat lagi pesakit jantung yang lanjut usia dan berisiko tinggi.

‘‘Kaedah ini sangat selamat serta menjimatkan masa. Kita menyasarkan untuk melakukan prosedur tersebut terhadap 20 pesakit jantung IJN yang berisiko tinggi dalam masa setahun.

‘‘Kejayaan prosedur ini 98 hingga 99 peratus,’’ katanya.

Katanya, kos bagi setiap prosedur dianggarkan RM140,000,00 termasuk harga injap jantung gantian yang berharga RM112,000.

Beliau berkata, kajian untuk menggunakan prosedur tersebut bagi pesakit IJN telah dibuat sejak lebih setahun yang lalu.

Turut hadir (dari kiri) Perunding Kardiologi IJN, Dr. Saiful Azmi; Ketua di Jabatan Kardiologi, Datuk Dr. Rosli Mohd. Ali; Ketua Pembedahan Kardiotrotik IJN, Datuk Dr. Mohd. Azhari Yakub; Perunding Anestatik IJN Datuk Dr. Mohammed Hassan Ariff; Perunding Pembedahan Kardio, Dr. Jeswant Dillon; Perunding Kardiologi Interventional dan Core Valve Proctor, Belfast, Ireland, Dr. Ganesh Manoharan dan Perunding Anastitik IJN Dr. Sharifah Suraya Syed Mohd. Tahir.


Good job IJN!!!
thanks to all the Doctors who have involved in making this new invention become reality!
i'm admiring them so much!
i hope that one day i will be just like them!
be a part of the team, inventing a fantastic creation
to save people lives.

Diharapkan alat ini dapat menyelamatkan lebih ramai pesakit jantung yg berisiko tinggi
supaya mereka dpt menikmati kehidupan mereka sebaik yg mungkin
ameeen..

Sunday, November 22, 2009

Ingat pesan Mama!

Hari ni adalah hari yg sedih & pedih bagi aku
Seharian aku menangis tanpa henti
Tak penah aku nangis seteruk ni
Smpai sakit mata aku ni akibat terlampau byk nangis
Nak lelap mata pun tak boleh.

Rasa sedih itu aku cuba divert kan dgn menonton Spontan & Prison Break
Fikiran aku jd tenang sekejap bila terhibur melihat cerita2 ini
Tp kesdihan melanda kembali apabila aku naik ke bilik
Aku dapati ade 3 new msg masuk dlm hp aku
Semuanya dtg dr mak aku

Mama berpesan
"Meera, Malia dan Marni kena sayang each other, maafkan satu sama lain, kena bertegur sapa, tolak ansur and care for each other. Semuanya dari rahim yg sama. Mama hari2 doakn anak2 mama kebaikan dan perlindungan dari Allah."

"Sbg Adik beradik kena duduk baik2 sebab jauh dari mama. Silap sikit jgn ambil hati. Kita pangkat adik kena beralah dan tegur yg tua and pls buat demi mama, kalo tak mama sedih"

Air mata aku jatuh tanpa disedari
Pesanan mama itu membuatkan aku rasa insaf & sedar
Aku dah menyusahkan mak aku dgn masalah yg kecik
Dia yg berada jauh pasti risau dgn keadaan aku skrg
Aku tak patut buat camtuh.......
Tp kalo aku tak bertindak mcm ni
Mama tak kan tahu hal sebenarnya.

Aku turutkan pesanan dr mama
Aku msg akak2 aku
Aku luahkan apa yang aku rasa
Aku mohon maaf kpd mereka.

To kak we & kak cik:-
Meera mintak maaf.
Mayb u guys think that i'm acting like a child little bit.
Tp tak kesah laa nk ckp per.
But the thing is, I want u to know
Meera buat camni sbb I LOVE both of you. You r my sisters.
We are no different. Mama & papa have raised us up to be a good people
Teguran Meera ni utk kebaikan kita bersama.
Supaya kita jd lagi rapat & sayang each other

Ya Allah, hari ini kau uji aku dgn bermain emosiku
Aku hambamu yg lemah ya Allah
Yg mudah terguris & mudah percaya dgn tipu daya syaitan
Ampunilah dosa hambamu ini
Berilah ketenangan & kekuatan dlm hidup aku ini
Jgnlah kau pecahbelahkn hubungan adik beradik kami ini...ya Allah
Kekalkan kami sebagai adik beradik yg sayang antara satu sama lain
Moga dijauhkan dari segala pertelingkahan dan
Moga kami sentiasa diberi petunjuk & berada di bwh lembayung rahmatMu
ameeenn.....

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini
Aku harus mulakan hidup aku yg baru
Esok aku kena ceriakan hari aku
Aku tidak mahu kesedihan bermaharajalela lg.

Saturday, November 21, 2009

Do you wish you had a sister?


i have 2 older sisters
but they are not like a sister to me

i have 2 older sisters
but they don't act like a sister to me

i have 2 older sisters
but they seem to be far away from me

i have 2 selfish sisters
who live in their own life
who only think about their life
who always take me for granted
who used me when they need me
and they never ever try to understand my feelings!

i have 2 uncaring sisters
who didn't make an effort to call her younger sister?
who didn't have feeling of missing her younger sister?
who always busy until couldn't have time to ask about her younger sister's condition?
and they really didn't care about her younger sister!

i have a little sister
i love my little sister
although i like to bully her
but i do care about her
i think i've been a good sister to her
not like my older sisters
i did called my little sis
asked about her study
i gave advices to her
i send her to her college
and even i bought her 'famous amos' cookies for her birthday!

at this moment
i wish i could have a brother
so that he could protects me
looks after me
gives advices to me
shares laughter with me
spends time with me
listens to my problems
and stays with me when i'm in a difficult moments
how i wish this could be happen
because my sisters never did these to me!

i wish i don't have sisters
i hate to have sisters like them
because they mean nothing to me!
i hate to have a feelings like this
because this is not the right feelings that i should have
i wish i don't have sisters
but i can't because i already have them as my sisters


Thursday, November 19, 2009

Bye-bye ORTHO, Welcome FMS

Bye-bye Ortho.....sob2 sedih.
Aku akan rindukan ke'rileks'an sewaktu berada di ortho...
YEAR 5 kte jumpe lg yer!...
tp time tuh dah x leh main2 beb! final year dohh! kene more seriuss...

So last Thursday (19 nov) adalah last day aku di ORTHOPAEDICS posting.
We ended this 8 weeks posting with TBL session & reflection with Dr Radhi.
pelik kan wat tbl hari terakhir??? itulah satu kelemahan ortho
yg lain semue ok, tang timetable ngn communication prob tuh yg agak menyakitkn ati skit.
tp yg lain BEST!! gler2!!! ngn Dr2 yg best, dtmbh ngn OT yg kiteorg tgk yg huh..cool!

Well, tomorrow will be my 1st day in Family Medicine posting (FMS).
Seram sejuk gak sebenarnye nk masuk FMS ni!!! uwaaa
satu posting yg dianggap agak bz, byk mende nk kene plus Dr2 yg sgt strict
Aiyoooo...matilaa aku
ape2 pun. positif meera!!! lom masuk lg..will see tmrw cam ne dulu

Ok, aku nk display skit the nice and great2 pic that we had during Ortho posting. just enjoy it...

Di Hospital 94, Terendak

Dr Fuad in action siot! tgh wat ACL recons ni! cool glerr tgk die wat.
Amik mase 1 jam setengah jer! kalo hospital lain ade laa dekat2 3 jam
(haa..itu dr fuad ckp, bukn aku k!)
Dr Fuad mmg expert bab2 ligament/tendon tear ni,
sbb army kan byk masalah2 camni ekoran activity mereka yg berat2.
MVA case??kurenng laa....tp kat H.Serdang bersepah!

OT yg best.byk gak kes2 OT yg kiteorg tgk kat sini cam;-
ACL reconstruction
PCL reconstruction
CMR of tibia fracture
Archilles tendon repair
Synvisc injection for OA

hari terakhir ngn Dr Fuad yg best!
thanks a lot Dr fuad 4 da wonderful learning experience!
hope to see u again kalo ade rezeki..inshaallah

BOWLING!

Yeaaa...its bowling time! ni activity sihat kami yg ke2 selepas Kayak! haha
Masa kat Terendak, cik wani kite telah bwk kami melancong ke MIBC (malacca international bowling centre)...
MIBC adalah pusat bowling yg terbesar kat M'sia sbb ade 50 lanes.
huh best glerr..kiteorg bedal 2 games tuh dgn harga yg murah, rm 8 sorg.

ni muka2 yg excited before start main bowling! yeaaa

juara pd ari tuh adalah cik WANI kite!. Die sgt bersmgt pada hari tuh sb ada 'abg penyelamat' ngn 'mamat kuning'..huhu...dan
juara longkang pada hari tuh jatuh kpd ZEZE..hehe (jgn marah zeze!)
second longkang adalah AKUU!!!! x boleh blaaa
tp not bad laa..aku ade improvemnt
1st game aku score 48
2nd game naik jd 67!
3rd gamee....haaa...di alamanda pulak....

di Alamanda

Sebaek saje abis TBL session ngn reflection ari tuh, kami menymbut kegembiraan tamatnyer posting dgn makan2 n main bowling lagi! kali ni lebih ramai orgnyer...
Pada ari tuh geng2 ortho bergabung tenaga dgn gen specialty utk bermain bowling
mmg riuh rendah laa bowling kat alamanda tuh kiteorg kerja kan
mane tak nyer 16 org main utk 2 lane ok?? 8 people for each lane
papehal pun kiteorg layan n enjoyy....

muka2 Ortho girls!

and Ortho boys!
geng ortho & specialty yg main bowling (3 people not in da pic --> farah, nisah n naj (da cameraman))

pada hari tuh aku score 76! and guess what? juara longkang dulu iaitu si zeze
score lg hebat dr aku 90 sumthin x silap
huh...ade improvement kan?
ni kene main lg ni!
kene practise byk kali ni nk kasi mantap!
kasi score smpai 100!

okla gtg.
got to sleep
esok nk bgn awal sbb kene ade kat RC putra by 8 am punctual!
msok FMS posting ni mmg kene bgn awl n kuar awal skit!
so semangat2 tuk esok!
wish me luck ok!

p/s: actually byk lg gmbr nk diupload, tp sbb internt slow n bengap skit mlm ni.
so aku jd malas. lain kali laa yek upload...
nak tdoooo...daaa
wasalam

Tuesday, November 17, 2009

KAYAKING!

dah lame rasenyer tak update blog
almost 2 weeks gak laa
being bz laa lately
last week g terendak
dis week nk exam
tp menyempat lg nk update blog..huhu
sje nk release stress

so nk flash back ape kteorg wat in previous week
sumthin yg menyihatkn badan..haha

On 6 nov 09, hari jumaat
patutnyer kiteorg ade kelas ngn dr khai kul 9am
pastu kelas tuh ditunda kul 10 am plak
n lastly it was cancelled d/t he had a session wit the senior
agak down jgk laa...
sbb dah get ready nk g RC & we already had breakfast pun
tup2 x jd
so kiteorg mati kutu laa nk wat per....

TIBA2....dtg idea gler dr sorg member ni utk wat activity ni
waktu tuh, ape lg kiteorg pun g laa usha weather & tempat kat sane
alhamdulillah cuaca berpihak kpd kami
eventho hujan renyai skit
tp tak panas pun, redup jerr

dlm area kul 11 am - 12 noon
kami berjaya 'berkayak' di Taman Wetland , Presint 13, Putrajaya
YEAYYYYY....akhirnyerr dpt gaks...
best sgt!!!

utk makluman semue,
byrn nyer agak murah laa
weekdays - rm 8/hr (for 2 person) - not bad laa, sorg rm4
weekend - rm 16/hr (for 2 person gak) - double price
so kalo nk dtg, dtg laa weekdays yer...hehe
murah & tak ramai org

pemandangn kat situ sgt lawa...
Taman wetland ialah tasik buatan manusia yg terbesar
didlmnye ade beberapa pulau2 kecik
kat sini kteorg jumpe a few burung yg cantik warnanyerr...


For those yg 1st time yg cube sukan ni
jgn takot! (ade life jacket! - tak lemasnyer laa)
senang jer nk kayak ni
yg penting kene tau camner nk paddle

aku ni pun bru 2 kali berkayak
last time dulu pun waktu form5
dun worry. mula2 tuh agak kekok laa, tp
lame2 tuh dah ok & expert lagi nk move forward, u turn,
move backward? - ermm tuh tak try lagi
alhamdulillah tade kes kayak terbalik or karam pd hari tuh
cume basah lencun bontot n seluar laa gara2 kayak masuk air



wani yg tgh masyuk + khusyuk + tawaduk berkayak
ama pose smbil kayak


So, inilah kami ber4 yg berjaya berkayak pd hari itu.
overall kiteorg sgt happy!!!
berkayak smbil menyanyi2..hehe
rase cam tak nk balik
mne taknyer 1 jam mane cukup
hopefully leh try lg next time....

p/s: pd rakan2 grupmates yg lain
dis activity was unplanned
rezeki kiteorg waktu tuh dpt berkayak
jgn jeles & jgn risau
ade masa kite g berkayak ramai2 plak yer
sekian


Saturday, November 7, 2009

Alahai kad....

Arggghhh.....!!!
smlm aku btul2 STRESS ngn Maybank kad akuu!
bongok btol laa kau!

Ceritenyer bermula begini,
smlm aku patutnye ade dental appointment kat bangi kul 5 pm
tp aku bru realise lpas balik dr kolej dlm kul 5.30 pm
usually aku trus grak g bangi dr cyber
tp smlm tak,
aku solat asar & gosok gigi dulu (hehe nk jumpe dentist ni!)
pastu bru gerak g bangi..
kat tgn ade rm50
x cukup nk byr dental fee
so aku perlukn rm50 lg
aku pun plan nk cocok duit kat petronas bangi gune maybank card
sbb cimb dah tggal skit duittt...

Otw pegi tuh....
masya-allah jam gler2!! kat highway ke bangi
yela waktu tuh dlm kul 6pm
ramai laa org balik keje

Sesampai jer kat 1st petronas kat bangi
machinenyer --> OUT OF SERVICE laaa plak!
ok aku lek lagi...
aku pun gerak g Shell bersebelahan dgn nyerr
masuk punyer masuk kad
di reject weiii....
kalo skali reject takpe lagi
ni dah 3x!
so aku cube laa try CIMB kat plak kat machine tuh
ya allah...die reject jgk!

ngn hati yg membara aku terigt ade 1 petronas lagi kat stu
so aku cube nasib kat sane plak
aku buat mende yg same
mula2 gune MAYBANK kad
pastu CIMB plak
dua2 aku attempt 3x
tau aper resultnyer???
die tendang gak kad aku!!
ni dah too much!
ya allah, npe kad ni wat hal laa plak waktu aku tgh rushing ni...

aku baran glerr (sib baik ak tak sepak machine tuh!)
kalo check BP waktu tuh maunyer smpai 200/130mmHg huh!
waktu tuh jgk aku dah cuak
cane nak byr ni???
duit tade...
rase sedih..rase nak nangis
badan penat and nk dekat senja plak
waktu tuh aku fikir, ya allah tlg laa hamba mu ini...

tetibe dtg idea, ade CIMB centre laaa kat area situ!
so nak tak nak aku kene gune gak cimb card
sbb tuh jer last chance aku utk jolok duit
and ALHAMDULILLAH laa akhirnyer dpt kuar rm50
kat stu gak, aku try gune maybank kad
sbb ade meps kannn
lame aku tggu utk die process
last2 tak boleh detect gaks
Aiyoooo

6.30 pm aku smpai kat an nur klinik gigi
ramai gak org waktu tuh
terpkse laa tguu, aku org last skali.
sementara tggu turn
aku call mak aku
aku nangis2 ngadu masalah aku
mak aku dah risau, die cube tenangkn aku
solusi die, die nk masukkn duit kat aku
aku tak nak!
bukn itu yg aku nak! aku ade duit tp tak leh nk wat kuar!
itu masalah aku...

kira2 kul 7 mlm aku msuk jmpe Dr Roslan
lepas dah tukar pagar baru utk gigiku ini
aku borak ngn akak kat kaunter clinic tuh
cite laa mslah aku ni

tup2...die ckp
'asal awk tak g kat maybank centre kat depan ni jer'?
aku waktu tuh; 'owwhh ade ker kak? sy tatau pun...
aku b'time kasih laa sgt2 kat akak tuh sbb bgtau ttg kewujudn maybank atm tuh
tnpa buang mase, aku g laa kat maybank tuh
dgn berkat doa n bacaan ayat kursi berulang kali
aku dpt kuarkn duit kat stu
aku pun aper lagi, kuarkn duit byk2 dr situ utk sewa rumah & duit g terendak
takot laa kad wat hal lg..weng2
tamat laa cite aku psl sebijik kad MAYBANK~

So persoalan aku disini
ade tak korg mengalami perkara yg same cam aku ?
kad maybank tak boleh detect kat maybnk petronas....
atau pun mmg waktu tuh nasib aku yg mmg malang
or kad aku jer yg mmg pelik!
ape patut aku wat ni?
g report kat maybank ker? tukar kad baru ker?

aku igtkn gune maybank ni menyenangkan aku
tp lagi mengecewakan lagi ade laaaa!!!
arrghhh stress aku ngn MAYBANK!
Rata2 kat petronas byk ade Maybank ATM
so kalo gune kad lain die minus 50 sen plak
rugi laa aku camtu kalo kuar duit byk kali
ayaaa...
~muke aku yg stress ari tuh~



7 -eleven 09


Waaaa.....tgk gmbr ni terigt slurpeee yg sdap! nyum2
ermm tp bukn itu yg aku nk cite
ia mmg tade kene mengena ngn kedai 7-eleven yeaaarr...
ni adalah satu kebtulan....pd nombornyer sje

So alkisahhhh...
tanggal 7 - 11 - 2009, iaitu bersamaan ngn ari ni, AHAD
is my youngest sis birthday!
so genap 20 thn die hidup kat dunia fana ini
Di kesempatan ini,
aku, akak die yg tersayang
nak wish to adiknyerr --> Mirza Thania bt Mohd Tahir
yg kini berada di UITM Machang n bz nak exam
HAPPY 20th BIRTHDAY tany!!!
Sorry kak nik byk buli & dera mg!!!
hahaha..no hurt feelings okay~
itu adalah gurauan adik beradik semata - mata...

i pray to ALLAH swt that u'll pass in ur exam wit flying colors! further ur study in the field that u like And hopefully one day, u will become a successful woman in whatever career that u r involved in
and most importantly makes papa & mama proud of u!
Enjoy u great day today!!


p/s: sori laa miza, akak mu yg miskin ini hanye mampu tapaukan 'famous amos' dr alamanda jerr utk mg.
tggu laa kak nik keje, leh laa belanje lebih skitt...haha

Sunday, November 1, 2009

~Hijau~

Last Thursday nite (29 oct), aku g berkaraoke ngn member2 aku kat Alamanda. Utk makluman semue, ni adalah 1st time aku g test suara secara live dpan org ramai. Sblm ni buat kje part time kt toilet jerr!. Gara2 Wani yg beria2 ajak aku n the geng pg, so x nk hampekan dia, 7 of us pun pi laa yg terdiri drpd Alin, Zeze, Zara, Dee, Wani, Ama, and aku. So basically, byk lagu2 yg kiteorg 'SUMBANG'kan & "JAHANAM"kan. Tp tade hal...laa. Nak release tension nyer pasal and yg penting enjjoyyyy!!. On da way balik plak, alhamdulillah 'tak hujan' (maknenyer suara kiteorg bukn katak pggil hujan laa!).

So dlm byk2 lagu, aku pilih satu lagu ni.
lagu lame laa. Dinyanyikan oleh Zainal Abidin.
tajuk die --> HIJAU
i like the melody, tempo and
the lyric was full wit msg

which is sumthin that has to do wit nature
take home msg ;-
- we hv to take care of our nature

- DO NOT POLLUTE IT!
as an overall i like this song! and i just love
it!
oooo i love green color! canteekk tk green pic tuh?...

So guys, i want to share lyric that we sang & the beautiful green scenery pics that i found!
Enjoyyy it....

Bumi yang tiada rimba

Seumpama hamba

Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa

Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang


Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran

Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah

Ku lihat hijau


Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar

Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi,

obsessi diri Polussi,
depressi di bumi kini


CHORUS
Oo... anok-anok

Tok leh meghaso mandi laok

Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Kito usoho jauh ke daghi malopetako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe Sapa bilo-bilo

Chorus Translated Version
Oooo....anak-anak

Tak boleh merasa, mandi laut

Bersaing main ramai-ramai
Alam la ni tua umurnya berjuta
Kita usaha jauhkan dari malapetaka
Ozon la ni 'makin' nipis 'makin' hari

Kena makan asap yang bisa wei...

Pasal manusia
Semua benda-benda di dunia
Tak boleh tahan

Sampai bila-bila



Tuesday, October 27, 2009

'Braces'ku .....



Agak pelik skit hidup aku hari ni, dah 3 org tegur psl braces aku.
Errmm Asal ek? Pelik aku ~ dlm byk2 hari2, hari ni gak dieorg tegur??.
nak kate aku baru tukar ?? BLOM LAGI (last appointment early sept lepas)
nak kate warna striking sgt??? TAK JUGAK ( grey jerr pun).
nak kate chili terlekat kat celah2 gigi??? TAK MUNGKIN (aku dah kumur baikk punyerr, lgpun ni waktu pagi!!! aku tak mkn pape2 chili pun)
Ermm Tatau laa sbb ape dieorg nanye psl braces aku ari ni...
mayb sbb CONCERN kot (positive glerr!). Yela kesian tgk aku berbelit2 lidah bile ckp! Tersasul2 all the timee!!! Or mayb sbb tgk aku dah lame pakaikan, so tertnyer2 bile nak bukak mende alah ni??

Basically, ape yg mereka2 tanyakan adalah:-
  1. dah bape lame pakai ni?
  2. bile nak bukak?
  3. bape lame lagi nak pakai?
  4. bape cost semue ni?
  5. tak sakit ker??
Soklan2 cam ni mmg dah common disoal pde ku & aku dah lali ngn soklan cam gini.
Stakat ni lom lagi jumpe soklan2 yg extreme2 cam agak2
'aper kesan jangka pjg pakai braces nie ekkk'???
bape % jaminan pakai mende alah ni dpt align all the teeth??
Perghh kalo dpt soklan cam tuhh...ermmm mmg aku ckp, g tnyer orthodontist nuhhh!!!
aku tatau!!! hahaha

So mejwb kpd soklan2 diatas, inilah jwpn2 nye:-
  1. dah 2 setengah taun aku pakai
  2. wallahuaklam, depends pade doc. Kalo gap dah rapat & nicely align boleh laa kot bukak
  3. total cost adelah approxiamately rm 4000
  4. sakit mmg sakit! especially bile mula2 pakai n bile tukar getah & besi baru, tp dun worry it just for 1 & 2 days jer...tak lame, thn skit beb!
Tp bile ditnyer soklan2 cam nikan, buatkan aku terpikir gak, bile nak abis pakai ni. ??
Bile laa aku boleh bukak pagar2 ni semue?? bile aku boleh bebas dr segala askar2 yg membelenggu ni? bilelah agaknya aku boleh MERDEKA ???
arrghhh tak sabar nyerr akuu!!
tp jgn lupe meera! ko kne pakai retainerr plak after dis...
aduyaaiiii..lame lagi laa jwbnyerrr

Thursday, October 22, 2009

The Obstacles

Ermmmm..pejam celik pejam celik..esok dah hari jumaat. Hari penutup week 4 Ortho posting aku. Esok jgk, aku ade mid sem test!!! MCQ n SAQ kayy. Marks tak diambil kire. Tp stil ianyer ptg utk evaluate sejauhmane kte phm n adapt ngn ortho enviromnt. Bg diriku, aku tak ready laaa! teori cam byk mende jerrr tak tau. Buku apley's concise tuh pun tak abis khatam lg! cane aku nk jwb esok?

Sib baik laa jgk petang td ade wat discussion besar -besaran ngn dak2 grp akuuu...leh laa recall yg lame2 nyer info. Tp yg tak bape bestnyerr, sbb tak berape interative! so people tend to get sleepy, boring n loss of focus.... cam akuu ni!!! losstt a few times haa...sian wani ngn tkah kat seblh aku. huhh..

Yg bestnyerr, belah mlm plak, a few of us wat discussion skit2 sambil mkn kat Secret Recipe! Bg aku cara tuh lagi best, sbb informal n more rileks tade laa stress sgt....Tp pape punn aku nk puji...efficient tak grp aku ni? wat discussion utk mid sem test tuh!! siap assigned few people to do mind maps & photostate kat semue org...huh...cayaaa laaa grp 2!

Aku igt2 lagi mase mule2 nk start 4yr ni, aku cam seram sejuk gak laa nak msuk dlm grp ni yg obviouslly ramai glerrr budak2 pandai!!! Top scorers semue dlm grp akuu weii!!! Pendek katee, tak leh nak fail laaa..nati maluu! Aiiyooooo...besarkan cabaran aku 4th year nie?
Kdg2 tuh, aku terase inferior glerr dok dlm grp ni. Buknnyer aper, bile Dr tnyer soklan, byk jer dieorg tau & igt lebih dr aku! Sah2 aku yg ade masalah...samade memory prob? kureng understanding the concept?? kuat khayal?? ke mende??ermmmm....

Tp ape punn, aku anggap ini semue dugaan yg Allah swt beri pd aku. Mayb dgn terletakknye aku dlm grp ni aku kan lebih rajin, lebih berani, lebih pandai & lebih perform dgn mantopp nyerr...dan itu yg aku kne buktikn!!! aku cube utk jdknnyer realiti! bukn angan2 kosong kayy....Sesungguhnyerr perjalanan aku masih jauh! Aku tak boleh give up kene terus cubaa & terus mencube...insya-allah...

p/s: kwn2, doakan yg terbaik utk life akuu yerr....kalo aku alpa tlgg tegurr
wish me luck for tmrww!!! daaaa....

Wednesday, October 21, 2009

~BALANCE~


salam

Entry kali ni, aku tetibe jer rase nk bukak topik pasal konsep 'keseimbangan' dlm kehidupn seharian kte.
Dlm pd itu jgk, topik ni jd medan utk muhasabah diri especially utk diri aku sendiri sbb kdg2 tuhh aku tak balance dlm tentukan hidup aku ni...So meh la kte reflect kat diri sendiri & saling igt mengingati kayy....

Aku amik contoh yg senang iaitu Alam ciptaan ILLAHI. Alam kte sgt cantik, indah & sempurna. Ianya sgt seimbang dlm pelbagai aspek contohnyer ade lautan & daratan, siang bersilih ganti ngn malam, kite ade panas & hujan, ade langit & awan dan pelbagai lagi.

Begitu jugak ngn life kite, dlm kite melakukn amaln seharian, kite kne applykan konsep balance ni. Terutamanyer bg student, zaman cam ni laa kite nk merasai semue mende kan? Yelaa muda lagi beb! Mestilaa nak enjoy! Yerr btol tak salah....Tp sentiasa berigt ! dlm pade kite bergumbira jgn alpa sehingga terabai tggwb kte yg utama. Iaitu utk mencari redha ALLAH yg ESA utk belajar, kejar cita2 & berjaya menjd insan yg seimbang.

Oleh sbb itu, balance kan diri anda! Urus masa dgn sebijak bijaknyerr!. Jgn biarkan 24 jm tuh pegi mcm angin lalu jerr sbb setiap detik tuh sgt pentg and kte tak leh reverse balik mase yg lalu.
Kdg2 tuh, kte kene semak balik diri kte ni, kalo kite terlampau gmbira, muhasabah diri kite balik. nape aku gembira sgt ari ni? aku ade nangis blom ari ni? Sbb aper??, kite kne alami perasaan yg sedih jgk pde ari tuh, . so that kite fair! barulahh balance!

Jd seimbangkn lah diri anda dari aspek:-

DUNIAWI = UKHROWI
SUKA = DUKA
MAIN = STUDY
MAKAN = TIDO
INPUT = OUTPUT
ade lagi ker?

p/s: ini semue adalah hak cipta otak aku sendiri. tak copy mane2 ek. kalo ade kurg mintak maaflaa ek..sbb ini pendpt aku semata2. tak refer evidence mane2 punnn...hahaha

Saturday, October 17, 2009

Sinusitis menyerang!


Haaachooooommmmmmmmmmmmm.......................
haaaa...dah mulaa dah tuhh...sinusitis aku dah dtggg...!!! tak suke2!!!

Adoiiii sakitnyer hidung nie gara2 bersin byk kali!....Start dr pagi tadi lagi hidung aku dok sok sek2.....bile ptg die mula mengganas menybbkan aku bersin non stop...


Symptoms2 lain dah mula terase. Aku dah mula rase sakit kening. (pelik kan? tp seriyess, ni mende btol! kening aku sakit!) mayb sbb dkat ngn frontal sinuses kot? sbb tuh aku rase sakit kat area kening! kulit muka aku pun terase tense, Kepala pun dah rase berat. Sebelah hidung ku ni berair, another seblah rase cam dah blocked! terpakse laa nafas ikut mulut...aiiyoooo


Aku dah lame tak rase cam ni...huh!..sengsara sgt!. sgt tak selesa ok!.... dah merah hidung aku sbb aku garu2..gatal punyer pasal. Hidung aku ni sgt sensitip ngn habuk n sejuk! bile faktor2 ni ade akan bermula episode hidung ku mmbuat bunyi.


Buat mase skrg ni nak cr nasal spray pun tak gune, sbb ttgal kat putra. kalo ade spray, rase lega laa skit idung ni. aku ni pun satu, pakai spray tuh bile suke/ terigt jew. bukn nk pakai slalu! bile dah kene baru nk cr laaa spray! haaa padan muka kooo!!!


Dlm siblings aku, aku sorg jer yg hidung bermasalah. Siap kene gelar ngn akak aku 'hidung buruk' lagi tuh.hahaha...Tp kalo nak dikutkan, ayah aku pun ade sinusitis gaks! boleh kate ape yg ayah aku ade, diturunkan kat aku..nak wat cane...'like father, like daughter' hahha..kite kasi tukar skitt yer...


skrg ni ape yg aku mampu buat utk kurangkan sinusitis ni adalah dgn TIDOOOO..oklaa..kite smbg lain kalii...haaah.....nak bersin lagi! haaaacchhhommmm......

Simboliknya angka 3?

Opssss... jgn confius! Gmbr ni mmg menunjukkn angka '3' dan bukannya huruf 'E'!!.

Heloo everyone! Entry kali ni, aku nak berkongsi serba sikit kisah hidupku yg berkait rapat dgn no 3. Semuenyerr 3. First & foremost, lets me list out the points first (senang skit)!, after that i'll elaborate one by one kay! nak tau citenyerr??? jommm...check it out!!!
  • 3 dari 4 adik beradik
  • 3 kawan baik waktu kecik2 dulu
  • 3 tahun aku pakai kete SAVVY.
  • 3 minggu aku berada dlm posting Ortho
  • 3 missed calls dr akak aku semalam
  • 3 minggu aku tak bertegur sapa dgn seseorg!
MY FAMILY

Gmbr ni adalah gmbr familyku mase bercuti kat LANGKAWI ! aku tak ikut sbb nak pro exammmm1 !!!! uwaaaa...jeles2

So, nak cite pasal familyku. Aku adalah anak ke 3 drpd 4 adik beradik.
As u can see, kami semuenyer GIRL!. Ade sorang jer hero! iaitu PAPAku.
Papa, Tahir 53 yo gentleman works as Pegawai MARA. He has 2 more years
left bfore he officially became a pensioner. (just like me, i hv 2 more years
to finish my study!) He can't wait to reach that time & counting the time

from now onwards....

My heroin is my mama, Wan Hasnah, 54 lady. She used to work at TELEKOM,
but retired earlier bcoz penat and now became a full housewife.
She loves shopping, gardening & counting coins! miss her a lot!!!

Sitting frm the right is my 1st sister, named Marni. She 24 y.o
Just started working 3 mth ago at Consultancy company at Ampang.
She's a part timer Master student of UTP. Unsure bout the thesis but
something that has to do wit Pertoleum engineering laaa, one of her favourite
field to be involved in.

From far left is my 2nd sis. As been introduced in last entry, she is
Malia, 23 yo. Currently stay at Kajang wit my 1st sister. She works
at TM Annexe, Jalan Pantai, KL. She is a visionary woman
who know what she want & plan to has her on bussines one day
( aku nak kow team ngn die ni!)...insya-allah

Last but not least, my youngest sis, Mirza. She is 20 yo cheerful girl,
stil studying at UITM Machang, Kelate taking Diploma of
Pengurusan Maklumat (Info service). She the one who expert wit
computer in our family and always up to date wit
all the funcy2 stuff ni. After seen a few of her works, i can say that
she's kind of creative laa minah ni...not bad laa...
Insya-allah ..she will further her study in degree of IT or Mass communication

I have one happy family. And I love my family very much!!!! muahhhxx


THE BUDDIES
Ketika aku sdg melayari FACEBOOK kat internet tetibe jer perasaan
'Rindu' hinggap kat diriku....Owhh rupenye2 aku terkenangkan
3 org kwn baikku semasa di sekolah rendah BTHO!
Mereka adalah ADILAH, AIN & FANINA.
Arghhhh rindu nyerr nak jumpe dieorg!! ape kbr dieorg agaknyer?
sihat ker tak? dah kawin ker blom? itu semue aku tak tau!

Yg aku tau Dilah dah abis belaja, dia amik QS (quantity servey) kat UITM,
tp tatau die dah dpt keje blom. Ain plak kat UITM wat Medical laB tech,
stil studying. tak silap dah final year laa die. Fanina? aku tau die buat
architecture kat UITM ( semue kat UITM!!! aku jerr kat CUCMS).
Tp tatau dah abis ker blom? ntah2 dah keje mak cik tuh!
eeee truknyerr aku ni!!! ape punyer kwn laa ko ni!
kwn sendiri pun tatau ape cite dieorg!!!...

Mengimbau balik kenangn lalu~ aku, Dilah ngn Ain satu kelas waktu standard 5.
Kelas 5 kenanga! kiteorg selalu bertiga! kemana2 saje....dan bile naik standard 6.
Ain dah naik kelas lain. Seterusnya aku, Dilah ngn Fanina pulak bersama
dlm kelas 6 Seroja! Rumah2 kami sgt dekat, dekat jln suasana 5/3 BTHO.
So kami slalu tuition bersama2 dgn Cikgu Pu'aad & Cikgu Isa
(kalo tak silap laa name die, tp yg ptg die suami Ckgu Noraini!).
Walauape pun terjd mereka masih best friends aku!!!
Aku sgt rindu kan mereka!!! bile agaknyerr kite leh jumpe balik???BFF.....

Si Merah SAVVY!
Si merah SAVVY sedang berjalan.....~ ( nyanyi ikut rentak si baju hitam kay!)..lalala
Aku mempunyai sebuah kete. Kete itu adalah SAVVY dan ianya berwarna merah.
Aku pggil die si Merah cukup laa. Actually kete tuh bukn laa aku nyer.
Ayahku belikan utk aku & kakak2 ku. Tp cam aku jer yg concer byk..haha..
lagi pun ayh aku ltk name aku as 2nd driver...so aku lah yg byk pegang.
Kalo nk dikutkn sudah hampir 3 thn aku pakai Savvy ni.
Bulan Nov ni birthday si merah, maka cukup laa 3 thn hayatnyer sbg keteku.
Selama 3 thn bersamanye byk suka duka aku lalui...huh...
especially bab engin die!!! adoiii aku dah tak larat dahhh..
kadang2 aku mmg terfikir nk jual jer die sbb byk wat hal..
tp bile dok menung balik tgk die...sian laa pulak!...
rase cam die byk berjasa ngn akuu...so tak jd laa.
tggu laa aku dah keje skit and bile dah stable barula aku jual engkau!!! hahaha.


SKELETON
TRAUMA yg melanda menikam2 jiwaaa.....(lagu ELITE ~trauma)
Lagu tema utk posting ini!...Mmg lagu ni ngam ngn posting yg aku lalui skrg...ORTOPAEDICS!!!!
yeahhh...tulang belulang!...asyikkkk2..TRAUMA kes~TRAUMA kess~dan TRAUMA kess lagi....a.k.a ACCIDENT laaaa.

Melihatkan byk kes2 TRAUMA yg aku jumpe hari2 menyebbkan
aku pun dah naik trauma...tak moh dah buat laju2! aku tak nak jd cacat kekal!
Tak nak paralyse, tak nak malunion bone! semue tuh aku tak nak....katekan TAK NAK!!!

Hurm...brcakap pasal Ortho posting ni, dah cukup 3 minggu aku kat ward ORTHO Hospital Serdang. Byk kes2 yg menarik aku jumpe kat sini eg: OA, Diabetic Foot,
PID and again TRAUMA cases!!! 1st & 2nd week aku posting...perghhh heaven glerr!....
hari2 balik awl! Tp masuk week ke 3 ni, dah mula bz & balik lmbt.
Boleh kate Ortho ni rileks laa..tp kene byk buat self-study kalo tak, rugii!!!
Next week aku ade test plakk..case write up pun tak siap lagi...
week 6 & 7 nak g Terendak!!! week 8 nak exxam OSCE!!!
pastu masuk Family med posting plakkk!!! uwaaa.....!!!!
(aku saje jer nk cuakkan diri supaya kasi mood skit nak belaja!)

THE CALLS
ermm cite pasal call ni, last Friday aku tade kelas ptg, kebtulan akakku,
pun balik awal sbb die nak jumpe Dr ENT. So aku dgn volunteernyer
nak amik die kat klinik seusai die abis jumpe Dr (ni sbb tade keje & terlebih rajinnyerr psl!).
Aku budget laa tau jln die kat mne, sbb akakku ckp kat Sg CHUA.
Aku penah g tmpt ni sbb die ondaway ke SATAY kjg.

So sesampai jer kat ESSO yg die ckp, die kate aku salah tmpt! Pulak dahh!
Dgn nada yg bingit di telepon aku dah tak tahan dgr die bebel, lalu aku letak tepon!!
Dgn traffic jam lagiii!! Adoiiii aku dah naik stresss!!! rase cam nyesal lak
volunteer nk amik die. Die tepon aku balik....tp aku buat dekkkk jerrr...
haha jahat glerr!!smpai laa 3 missed calls yg aku dpt dr die.
Sblm tuh lgi die msg aku kasi direction ikut KTM kjg,
tp mane laa aku tau itu semue sbb aku dtg dr highway putra tuhh...
Alih2 dpt laa jugak amik die...minyk kete pun dah tggal skit lalu aku nk top up laa.
tp sblm smpt aku kuar, akak aku dah volunteer duluu.....haha die tau aku tgh hot ngn die..huhu...sbb tuh die dgn baik hati pun menawarkan diri utk belanje minyak Savvy!!! kemudian kami balik umah..itu laa die cite adik beradik ini...
kdg2 gurau, kdg2 gaduh. stndrd laa kan...bak pepatah melayu bkate ~
'Air yg dicincang takkan putus' ~ begitu laa juge dgn hbgn adik beradik...
gaduh truk mane pun mmg akan berbaik semula.....

DON'T SPEAK
ok, last point! Aku dah tak larat nk taip ni (penat)....ini cerite yg agak sedih buat aku...
n aku tak happy.
Ape rasenyer bile kite dah lame tak bertegur sapa ngn org yg kite syg?
Rase pelik kan? lagi2 kite jumpe die slalu n duduk skali.
tp tak berckp, tak berborak...trase cam org asing plak!
itulah cite yg aku cube ketghkan...
dah 3 minggu aku tak bertegur sapa dgn org yg aku syg.
Ia smue nyer bermula dgn pergaduhan kecik jerr. Aku tegur die atas kesalahan die
tp die salahkan aku balik. Aku tgur die sbb aku syg kan die!
tp die tak phm or mayb salah ertikan... Aku tak rase aku bersalah dlm situasi ni!
sbb tuh aku tak pegi mintak maaf kat die, sebaliknyer aku tggu die mtk maaf kat akuu dlu...
tp bile pikir2 kan balik mayb cara aku tgur die salah kot, die mmg sgt emotional.
Ape2 skit merajuk....Aku tak rase die patut emo sbb die dah besar n
kene trime pendapat org lain utk kebaikkn die jugak! Aku pulak? pun ade ego sendiri!.
tak moh mintak maaf selagi org tuh mtk maaf dulu kat aku..eehhh trukan aku???
Ya Allahh..ampun kan akuuu....

'Jadilah pemaaf & suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan memperdulikan orang-orang yg bodoh' (QS; Al-Quran 7:199)

'...dan hendaklah mereka memaafkan & melapangkan dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu...dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang' ( QS; An- Nurr 22:24)

' ...dan jika kamu maafkan, kamu santuni serta ampuni mereka, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang' (QS; At -Taghaabun 64:14)

Secara konklusinye, itulah serba sedikit ttg hidup ku yg ada kalanyer manis dan adakala duka lagi sedih. Walau ape pun dugaan & cabaran yg mendatang, hidup harus diteruskan.
Hidup kite ini bergantung pade diri kite utk mencorakkan ia.
Maka gunakan laa kewarasan fikiran sebelum bertindak.
Jadilah seorang yg rasional seblum membuat keputusan dan jgnlah mencampur adukkan perasaan dlm menilai sesuatu perkara.....Sekiannnn